
Kuala Lumpur – Selepas membuat hantaran ingin berundur dari media sosial, usahawan k.ontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi pula video dia menangis teresak-esak meminta maaf semalam.
Permohonan maaf itu ditujukan kepada ibunya, Rozita Ibrahim, isteri dan pengikutnya di media sosial.
Pada semua saya nak mohon kemaafan dan kekhilafan saya selama saya di media sosial ini. Saya minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki terutama kepada mak saya, isteri saya. Saya memohon maaf banyak-banyak.

“Demi mak saya, isteri dan anak-anak saya, saya tak main laman s.osial dah tapi kalau jumpa dekat luar kita tegur-tegur ya. Saya minta maaf. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Lama dah saya buat media s.osial saya, Facebook, My.space.
“Terima kasih atas sokongan anda semua, terima kasih kepada semua pengikut saya. Ini adalah dugaan paling berat untuk saya. Doakan terbaik untuk perniagaan saya,” katanya.
Sejak beberapa hari lalu, Aliff menjadi bualan ramai sehingga menjadi bahan k.ecaman selepas tular video k.ontroversinya menari dengan penyanyi Baby Shima.
Sebelum itu Aliff dia juga sudah terkena t.empias m.akian netizen disebabkan hantaran lagu terbaru membabitkan individu k.ontroversi iaitu Kak Long 7E dan Ratu Farah Diva.
Nak Jual Akaun IG
Memiliki pengikut 4.3 j.uta, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menawarkan kepada mana-mana pengguna yang ingin membeli akaun Instagram miliknya dengan harga RM 500,000.
Beliau berkongsi perkara itu menerusi InstaStory miliknya hari ini.

Sehubungan itu, tinjauan di akaun sosial miliknya dapat dilihat tiada sebarang hantaran di kongsikan lagi dan gambar serta video sebelum ini juga telah dipadam.
Kredit : HM/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.