Ustaz EbitLew Pergi JumpaNenek YangRumah TlnggalTngga, Ada SesuatuNnek CakapBuat Bliau Sbak

Hulu Langat – “Di sinilah lambaian terakhir arwah bapa kepada mak yang berada dalam k.eranda”.

Itu simbolik yang dirasai Rohana Mahfodz, 76, sebaik melihat rumah pusaka berusia 52 tahun peninggalan arwah ibu bapanya di Batu 18, Kampung Jawa, dihan.yutkan b.anjir dalam keja.dian ba.njir mela.nda sebelum ini.

Menurutnya, rumah itu kini hanya tinggal tangga dan satu tiang sahaja.

“Tiang ini juga simbolik keutuhan kasih sayang arwah ibu bapa. Rasa seperti tidak percaya apabila bangun tidur struktur rumah sudah tiada.

“Ia membuatkan saya tertanya-tanya kenapa hanya tinggal tangga dan tiang. Mungkin ia bagi mengingatkan saya kepada kasih sayang ibu dan ayah. Tiang itu mungkin sebagai petanda untuk bina kembali rumah. Ada hikmah di sebalik semua kejadian ini.” katanya ketika ditemui di sini.

Rohana yang tinggal seorang diri berkata, rumah itu cukup bermakna buat dirinya dan adik beradik yang lain kerana dijadikan tempat berhimpun saudara mara setiap kali musim buah dan perayaan.

“Saya berharap dapat bina semula rumah ini namun belum berbincang dengan adik beradik lain.

“Ia dibina sikit demi sedikit sejak 1969. Lantai baru saja dibuat semula dan cucu belum sempat menjejaknya,” katanya.

Sementara itu, adik kesembilan Rohana, Rohani, 57, berkata, kakak sulungnya itu kini tinggal bersamanya di Ampang sementara adik beradik berbincang untuk menguruskan rumah itu.

Ustaz Ebit Lew Melawat

Syukur dapat hadiahkan nenek Rohana Mahfuz 76 tahun rumah baru. Setelah rumahnya ha.nyut b.anjir di Hulu Langat. Semuanya habis cuma tinggal tangga. Kami akan bina semula rumah.

Menangis jer dari mula jumpa tadi. Dah sebulan nenek tak tahu macam mana nak bina rumah. Dari mula hanya meluah rasa dan ujian hidupnya. Satu jer saya minta dengan ustaz doakan nenek disayangi Allah dan masuk syurga.

Dari mula menangis jer. Katanya ini hari paling gembira dapat jumpa ustaz. Saya jarang menangis tapi hari ni nak menangis je. Selalu tengok dekat TV. Boleh tak ustaz jangan balik lagi. Nenek nak dengar nasihat.

Nenek doakan saya ye. Mak ayah saya dah menin.ggal dunia. Saya perlu doa nenek. Terus nenek doakan saya. Syukur rasa.

Kami terus tengok plan rumah dan call kontraktor. InsyaAllah akan bina rumah baru untuk nenek. Nenek tiada suami dan anak-anak. Syukur adik beradik dan jiran tetangga ramai membantu. Serta masyarakat ramai membantu.

Doakan yer rumah nenek dapat kami siapkan mengikut plan asal. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.

Kredit : HM/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.