Wlaupun Tak Pndang NaimDniel Dan Sssy Iman, Ini Jmlah Mrkah Dla Bagi Buat Rmai TakSngka

Kuala Lumpur – K.emelut antara juri tetap Famili Duo, Mas Idayu dan penyanyi Sissy Imann nampaknya masih berlanjutan apabila masing-masing mengambil keputusan berdiam diri selepas persembahan separuh akhir, malam tadi.

Mas Idayu dilihat berdiam diri apabila tidak memberikan komen pada persembahan Naim Daniel dan Sissy menerusi lagu P.ening, begitu juga dengan Sissy tidak bersuara.

Sissy pula hanya mengucapkan, Alhamdulillah ketika diminta pengacara untuk memberi sepatah dua kata.

Markah Tinggi Diberi

Tidak seperti peserta Famili Duo lain, gandingan Sissy Iman dan Naim Daniel memilih untuk tidak mer.ayu juri tetap, Mas Idayu memberikan komen membabitkan persembahan mereka.

Naim ketika ditanya pengacara Janna Nick, adakah mahu Mas Idayu memberikan komen selepas membuat persembahan pada pusingan Separuh Akhir program terbabit berkata ia terpulang pada juri untuk menilai persembahan mereka.

Ini adalah sebuah persembahan hiburan keluarga. Terpulang kepada juri untuk menilai persembahan.

“Kami di sini berdiri sebagai penyanyi dan pemuzik agar dapat dinilai dengan keterb.ukaan hati,” katanya.

Naim berkata demikian ketika ditemui pada persembahan minggu ketujuh Famili Duo yang berlangsung di Sri Pentas, Plaza Alam Sentral di sini, malam tadi.

Sementara itu, Mas Idayu juga dilihat tidak memberikan sebarang komen pada persembahan pasangan terbabit.

Bagaimanapun, persembahan mereka menerusi lagu P.ening nyanyian asal Datuk M Daud Kilau dan Ezlynn menerima 8 daripada 10 markah daripada Mas Idayu.

Terdahulu, Sissy yang bergabung dengan penyanyi dan pelakon, Naim Daniel dalam program Famili Duo menerima k.ritikan pe.das Mas Idayu selepas mempersembahkan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam irama keroncong, minggu lalu.

Rentetan kri.tikan itu, Sissy dilihat menangis di atas pentas.

Bagaimanapun, rata-rata netizen yang menyaksikan persembahan itu memberi komen positif dan beranggapan apa yang dipersembahkan satu kelainan kerana Sissy dan Naim bukan hanya menyanyi, tapi berlakon juga mengikut tema tugasan minggu keenam itu.

Kredit : HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

x