
Petaling Jaya – Isteri kepada pelawak, Shahrol Shiro, Nor Farhana Syamimi memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan kesembuhan anak lelakinya, Iskandar Rizqi.
Menurut Farhana, Iskandar telah disahkan mengidap d.emam campak.
Sekadar info, Shahrol Azizie bin Azmi atau lebih dikenali sebagai Shahrol Shiro merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio Malaysia. Sekarang, beliau berjaya membuka francais SS Bubur Ayam dan menubuhkan Aku Budak Kluang untuk golongan belia di Kluang, Johor.

Selitkan Doa Untuk Iskandar Rizqi
Assalammualaikum. Tiada apa yang Anna harapkan selain doa dari kalian semua. Selitkan lah doa untuk Iskandar Rizqi dalam setiap solat kalian. Semoga Iskandar Rizqi cepat sembuh.
“Rizqi kene chickenpox tapi mulut dia penuh U.lser. Kesian Rizqi nak makan susah, badan pun g.atal. Banyak sangat U.lser dalam mulut dia,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Katanya lagi, hatinya amat bimbang bila melihat keadaan anaknya yang semakin mel.arat sehingga menyebabkan kegatalan di seluruh badan dan u.lser memenuhi mulut sehingga menyukarkannya untuk makan.
Kita ni Ibu, luluh hati tengok Anak sakit. Lemah macam mana kita, atau penat macam mana kita, tetap kuatkan diri dan semangat untuk Anak.
Semua ini atas izin ALLAH S.W.T. Setiap berlaku pasti ada hikmatnya. ALLAH izinkan anak sakit dalam masa yang sama ALLAH hadirkan sekeliling yang banyak membantu dan banyak bagi kata-kata semangat.

“Alhamdulillah dan terima kasih pada yang mengambil berat,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar Iskandar lekas sembuh.
Farhana dan Shahrol mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 18 Mac 2016 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Iskandar Rizqi pada dan Ismail Rifqi.
Kredit : MH/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.