Kuala Lumpur – Abby Abadi menafikan beberapa dakwaan kakak kepada wanita yang mendakwa ditinggalkan suami kerana menjalin hubungan cinta dengan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim, 18, berhubung pendedahan yang dimuat naik di media sosial, semalam.

Abby menerusi satu hantaran di Instagram Story berkata, pertemuan bersama keluarga wanita itu bukan untuk meminta maaf, tetapi mahu mengetahui cerita sebenar kerana baru dimaklumkan mengenai perkara itu.

Ya kami ada berjumpa. Itu waktu baru dimaklumkan hal ini. Memang masa itu baru tahu cerita pun.

“Tapi apabila bercerita, dia kata kami datang berjumpa untuk minta maaf? Apa tu, sebab itulah malas nak bercakap. Jadi, geram dengan perangai manusia ni,” tulisnya.

Pergi Jumpa

Abby berharap pihak yang berkongsi segala maklumat mengenai perkara itu disampaikan secara jelas sekali gus tidak membuatkan orang luar tertanya-tanya.

“Siapa yang bersumpah dan junjung al-Quran tu? Yang pasti bukan daripada pihak kami ya. Nak bercerita bagi jelas, jangan buat orang tertanya-tanya dan bersangka-sangka,” tulisnya.

Terdahulu, wanita itu tampil mendedahkan cerita sebenar yang berlaku membabitkan hubungan cinta anak pasangan selebriti itu dengan bekas suaminya adiknya.

Dia mendakwa, mental dan emosi adiknya dipermainkan gadis itu yang dikatakan sudah bersumpah dan berjanji untuk tidak mengganggu rumah tangga adiknya selepas pertemuan diadakan bersama ketiga-tiga pihak itu.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila ibu kepada dua cahaya mata itu tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan anak perempuan kepada Abby dan bekas suaminya yang juga pelakon popular, Norman Hakim itu.

Wanita terbabit menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa yang juga pempengaruh itu didakwa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya.

Kredit : HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!