Kuala Lumpur – Pelakon Emma Maembong tampil bersuara apabila terdapat segelintir netizen meninggalkan komen kasar di ruangan Instagram miliknya.

Menerusi hantaran terkini di platform berkenaan, Emma atau nama penuhnya, Fatimah Rohani Ismail, 31, kelihatan anggun mengenakan busana berwarna hitam bersama suaminya, ketika majlis resepsi perkahwinan kakaknya, Shikin Maembong baru-baru ini.

Namun, hantaran tersebut mengundang pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen apabila ada yang tampil memberikan komen dengan mengatakan perut aktres itu kelihatan buncit.

Sekadar info, Emma sebenarnya menggabungkan nama beliau dengan nama bapanya, Ismail Embong untuk nama komersialnya. Sebelum ini, Emma turut berlakon dalam drama TV Alhijrah, Facebook Ustazah Shamsiah, arahan Erma Fatima sebagai pelajar sekolah.

Emma mendapat kepercayaan Erma Fatima sekali lagi dan telah diberi peranan sebagai Munirah dalam Kau Yang Tenegati.

Baru Nak Masuk 3 Bulan

Tidak melatah dengan teguran yang diberikan, Emma dilihat membuat komen balas pada salah seorang pengikutnya.

“Baru nak masuk 3 bulan, biasa lah. But, kejap je nanti turun lagi. Cuma yang beria kutuk tu rupa tetap sama,” katanya.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, pelakon drama Remang itu telahpun memadam komen negatif yang ditinggalkan individu berkenaan di ruangan Instagramnya.

Terdahulu, Emma mencuri perhatian apabila dikatakan tidak menjalani proses berpantang selepas melahirkan anak keduanya, Shakil  Aryan Shah pada 10 Mei lalu.

Kredit : TV3/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!