Kuala Lumpur – Aksi pengarah tersohor, Syamsul Yusof yang hadir pada acara Adrenaline Rush Supercar di Litar Sepang, Selangor baru-baru ini mencuri perhatian selepas video tersebut tular di TikTok.
Menerusi perkongsian video berdurasi 24 saat itu, kelihatan pengunjung yang datang berasa teruja apabila Syamsul hadir mempamerkan kereta mewahnya jenis Lamborghini berwarna keemasan pada acara berkenaan.
“Penampakan Shark di Litar Sepang,” tulis pada kapsyen berkenaan.
Tak Rindu Ke?
Namun, apa yang menarik perhatian adalah komen yang ditinggalkan oleh salah seorang individu yang bertanyakan adakah bekas isteri pengarah dan pelakon terkenal itu tidak rindu dengan kereta supercar milik bekas suaminya.

“Tak rindu ke Puteri Sarah Liyana?,” komen netizen.
Sedar dengan komen tersebut, Puteri Sarah akhirnya tampil membalas pertanyaan itu di ruangan platform berkenaan.
“Tak, sebab saya ada Lambo sendiri dekat rumah,” katanya.
Komen balas tersebut sekaligus mendapat perhatian rata-rata warganet yang teruja melihat kenyataan balas dari aktres tersebut.
Bahkan, ada yang berseloroh memohon agar kereta Lamborghini milik Syamsul tidak berasap lagi.
Terdahulu, nama pengarah Syamsul Yusof menjadi perhatian netizen apabila kereta mewah jenis Lamborgini miliknya dirakam berasap di tepi jalan.

Menerusi video yang tular di TikTok, Lamborghini berwarna kuning itu tiba-tiba mengeluarkan asap tebal ketika berada di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur sehingga menarik perhatian orang ramai.
Kenderaan itu dipercayai milik Syamsul apabila pengarah filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu dilihat keluar daripada kenderaan tersebut untuk memeriksa keadaan kereta mewah kesayangannya itu.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 400,000 tontonan dan menerima lebih 10,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.
Kredit : TV3/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.