Kuala Lumpur – Pelakon jelita, Fasha Sandha mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengenakan pakaian yang berharga murah asalkan ia kelihatan cantik pada pandangannya.
Kenyataan tersebut merupakan respon balas Fasha terhadap komen seorang individu yang mengatakan baju yang digayakannya menerusi entri terkini di laman Instagram cuma berharga RM 15.
“Ya kakak. RM15 sahaja dekat Times Square. Harga bukan menjadi ukuran tapi bagaimana kita membawa gaya tersebut,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Rampas Cintaku ini turut merasakan baju yang berharga mahal itu tidak akan terlihat eksklusif sekiranya si pemakai tidak mempunyai aura untuk mengenakannya.

Saya Tak Kisah, Tak Malu
“Ada kalanya, pakai baju atas berpuluh ribu, tetap tak nampak cantik. Saya tak kisah dan tak malu pun. Saya memang pakai baju murah-murah sahaja,” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memuji Fasha yang sentiasa kelihatan cantik dalam mengenakan apa sahaja jenis pakaian sekali pun.
Antara Reaksi Ramai
Betul tu. Pakai mahal-mahal tak kena gaya tak cantik juga. Kalau pakai bundle pun kalau kena gaya, orang kata mahal juga.
Apapun kita sendiri yang pakai. Kita rasa selesa dan kita rasa lawa di mata sendiri. Itu sudah cukup.
Orang kalau dah cantik, pakai baju RM 1 pun tetap nampak cantik.
Ini baru betul. Bila orang ada class pakai baju RM 15 tetap nampak cantik.

Mahal atau murah bukan itu tujuannya. Yang penting macam mana kita menggayakannya. Kalau kita pandai menggayakan, baju akan nampak wow dan nampak mahal. Begitu juga sebaliknya.
“Sis kita sama. Saya layan Time Square sahaja. Baju banyak je elok-elok. Asalkan pandai gayakan,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, selain aktif berlakon, Fasha juga kini sedang sibuk dengan pelbagai projek selaku duta produk.
Kredit : MH/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.