Kuala Lumpur – Selebriti popular, Noor Neelofa selamat melahirkan cahaya mata keduanya, pada 11 Julai yang lalu.
Menurut Neelofa, dia selamat melahirkan bayi lelakinya itu pada pukul 10.45 malam. Ujar Neelofa, anaknya itu dilahirkan dalam keadaan sihat walafiat.
Alhamdulillah, tanggal 11 Julai jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami. Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat.
Sebagai ibu, Neelofa berdoa agar anak keduanya ini menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa.

Nama Hari Ketujuh
Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Amin. Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya.
Terdahulu, spekulasi mengenai Neelofa dikatakan masuk hospital baru-baru ini disebabkan bakal melahirkan anak keduanya akhirnya terjawab apabila pengacara dan usahawan terkenal itu tampil memberi penjelasan.
Isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail atau mesra disapa sebagai PU Riz berkata, keadaannya baik sahaja dan masih menghitung hari untuk menyambut cahaya mata kedua.
Pengacara program Next To Neelofa ini memaklumkan dia dimasukkan ke hospotal atas nasihat doktor dan untuk pemantauan kesihatannya sahaja.

Dalam pada itu, Neelofa juga memberitahu dia dan suaminya akan berkongsi secara rasmi sekiranya sudah tiba masa bayi keduanya dilahirkan.
“Insya-Allah, kami akan kongsikan secara official bila sampai waktunya nanti. Mohon semua doakan yang baik-baik,” ujarnya lagi.
Untuk info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan putera sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.
Kredit : OB/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.