Kuala Lumpur – Isteri pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka kira-kira pukul 11.17 pagi Khamis di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Berita gembira itu dikongsi sendiri Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 41, menerusi Instastory miliknya.

Remy bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut mengenai jantina anak mereka.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur,” katanya.

Remy turut memaklumkan isteri dan anaknya dalam keadaan yang sihat sekali gus berterima kasih atas doa orang ramai terhadap mereka.

Alhamdullilah, Tahniah.

Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih di atas kiriman doa dan ucapan tahniah. Sekian, terima kasih, ujarnya.

Sebelum ini, Remy sempat memuat naik keadaan isterinya sedang berada di katil hospital dan memaklumkan Ezza akan melahirkan pada bila-bila masa.

Pada Mac lalu, Remy mengesahkan isterinya sedang hamil sekali gus menjawab teka teki peminatnya.

Untuk rekod, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan.

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!