MUFTI Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi mufti pertama di negara ini dilantik sebagai menteri.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa itu begitu disegani dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai isu agama sebelum ini.

Terkenal dengan perwatakan warak dan sopan, beliau sering dikunjungi ibu bapa yang ingin memintanya supaya mentahnikkan bayi yang baru lahir.

Pagi ini beliau berada di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya untuk majlis tahnik.

Berikut merupakan ciapan beliau :

Majlis Tahnik pagi ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tidak ada bersalaman, tempoh masa yang ringkas dan semuanya perlu mengenakan hand sanitizer.

Moga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

HarianMetro/TwitterDrZulkifli

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!