Kuala Lumpur – Bekas penyampai radio yang juga pengasas Bapakku FM, Ismahalil Hamzah, meminta pendengar setia radionya untuk memberikannya sedikit waktu sebelum kembali bersiaran.

Isma, 50, berkata, dia juga akan kongsikan kisah-kisah sepanjang dua tahun dia berada di dalam penjara.

Insyaallah, berikan saya sedikit masa untuk merawat diri. Kalau dua tahun anda boleh bersabar, berilah saya masa untuk pulih sedikit. Mungkin sebulan.

Saya akan pulun cukup-cukup. Saya akan cerita kisah-kisah saya yang orang tak tahu, mengenai apa yang berlaku di dalam penjara.

Saya berjumpa dengan Yasin Sulaiman, saya berjumpa dengan pelbagai kawan lagi.

“Kalau nasib saya, hampir dua tahun di Sungai Buloh, ada lagi yang lebih lama menunggu untuk mengetahui nasib mereka,” katanya.

Sujud Syukur

Ditanya mengenai nilai kepercayaan buat dirinya selepas terpalit dengan kontroversi membabitkan sebegini, Isma berkata, dia akan lebih berhati-hati.

“Ini semua kerja Allah, kerana Allah yang menggerakkan hati kepercayaan itu kepada sesiapa. Cuma, saya kena berhati-hati selepas ini. InsyaAllah,” katanya.

Hanya Allah yang tahu perasaan saya. Saya yakin, kebebasan ini adalah kerana kebenaran dan kasih sayang Allah kepada saya. Juga kasih sayang dan doa kawan-kawan kepada saya. Saya yakin, doa kalian adalah sesuatu yang kuat untuk saya,” katanya. 

Isma, 50, berkata, tempoh dua tahun berada di dalam penjara banyak memberi pelajaran baharu buat dirinya.

Hampir dua tahun saya di penjara, hari ini, saya dapat rasa kebebasan dan berjumpa isteri serta anak saya. Banyak sangat saya belajar sepanjang tempoh ini.

Tak mungkin saya dapat kongsikan dalam seminit dua di sini. Terima kasih kepada wartawan-wartawan yang menghebahkan berita sebelum ini. Itu adalah kebenaran dan hak semua orang untuk tahu. 

Sepanjang prosiding perbicaraan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala Ismahalil diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Kredit : HM/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!