Kuala Lumpur – Saya kalau boleh tidak mahu ulas panjang, tetapi cukuplah kalau saya kata dia tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Saya sudah cuba untuk membayar RM 75,486.48 seperti yang dituntut pada bulan March lalu.

Terdahulu, Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd. Ali sekali lagi mengingatkan adik iparnya, Ali Puteh untuk membayar kepadanya wang menang saman didakwa masih tidak diselesaikan sehingga kini.

Menerusi Instagram Siti Norhidayah, dia memuat naik status tersebut memberi maklum balas sebuah portal hiburan yang melaporkan Ali Puteh atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd. Ridzuan mendapat tempahan banyak selepas menjual sambal petai terangkat dan sambal jering berlado.

Reaksi Ali

Saya cuba membayar hutang denda mahkamah tersebut tetapi ditolak kerana dia hanya mahukan bayaran secara tunai. Sedangkan saya, cuba berkompromi untuk menyelesaikan semuanya dengan harta benda yang saya ada.

Itu sahaja jalan yang saya ada untuk selesaikan hutang tersebut. Itu pun selepas dinilai hitung, harta yang ada masih tidak cukup untuk membayar keseluruhannya dan perlu menambah wang tunai.

“Janganlah buat macam saya ni tidak berusaha atau buat tak tahu. Saya tak faham bagaimana lagi caranya, apa yang dia mahu,” luah Ali.

Tambah Ali lagi, dalam keadaan sekarang dia tidak mempunyai tawaran bekerja dan agak mustahil baginya untuk menyediakan wang tunai dalam jumlah yang dituntut.

Sebab itulah, saya cadangkan untuk membayar semuanya menggunakan alternatif lain, tetapi ditolak mentah-mentah.

Saya hantar surat melalui peguam dan memaklumkan kepada pihak sana untuk menyelesaikan jumlah gantirugi dan kos yang dituntut dengan menyerahkan aset dimiliki saya kepada Hidayah seperti motosikal RXZ, motosikal 125Z dan motosikal Y15.

Dan untuk mencukupkan jumlah yang dituntut, bakinya dibayar secara tunai. Dan perkara ini saya pernah tanya pada peguam dia hidayah, beliau menyatakan jika tak ada tunai, bayarlah dengan aset.

Cukup-cukuplah. Jangan putar belitkan fakta, kita sama-sama tahu apa yang terjadi,” katanya.

Kata Ali lagi, dia mengambil pendekatan untuk tidak terlalu melayan kerana mahu fokus berniaga.

Saya dah buat macam-macam perniagaan untuk menampung keluarga dan yang terbaharu sambal. Alhamdulillah, saya baru nak bernafas.

Kredit Boom!

Semakin saya diam, semakin saya dihina. Tetapi tidak mengapa, saya lebih matang sekarang. Saya mahu fokus, mahu berniaga sambal.

“Saya tak mahu sabotaj perniagaan sendiri. Saya berserah pada rezeki Allah, Dia yang bagi semuanya,” kata Ali.

Hidayah pada Selasa lalu memuat naik hantaran mendakwa masih belum menerima sebarang bayaran daripada keluarga iparnya dan mengingatkan Ali untuk berbuat demikian.

Kredit : Boom/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!