Kuala Lumpur – Isu rumah tangga seorang wanita yang retak akibat orang ketiga membabitkan anak pasangan selebriti mengundang perhatian banyak pihak termasuk rakan-rakan selebriti.

Keadaan bertambah hangat apabila orang ketiga berkenaan tampil mengaku bersalah atas perbuatannya itu membuatkan ramai terkedu kerana tidak menyangka di usia masih remaja seperti itu sudah menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Namun, Marissa dalam satu kenyataan hari ini turut mendakwa tidak semua cerita yang didedahkan wanita itu adalah tepat dan kenyataan yang diberikan bukan untuk memuaskan hati semua pihak.

Marissa berkata, apa yang berlaku adalah tanggungjawab dia sepenuhnya selain keluarga sudah memberikan yang terbaik.

Pelawak Ali Puteh atau nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, turut tampil mengeluarkan kenyataan ringkas mengenai isu berkenaan.

Kenyataan Ali Puteh

2020 berlalu, kini 2023. Moga baik sahaja buat keluarganya.

“Kadang-kadang terlalu sibuk kain orang, kain sendiri terbuka,” tulisnya dalam kapsyen gambar di Instastory semalam.

Dua gambar tersebut menunjukkan keratan laporan berita yang mengutip kenyataan Abby Abadi berhubung isu Ali Puteh dengan kakak iparnya.

Di mana, Abby mengatakan dia tetap menyebelahi balu kepada arwah Abam dalam isu tersebut.

Manakala gambar kedua laporan berita terkini berhubung kes yang membabitkan anak selebriti berkenaan, Marissa Dania Hakim, yang didakwa menyondol suami orang sehingga pasangan itu bercerai berai.

Kredit : TP/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!