Sebagai anak bongsu, tiada hadiah lebih mahal diberikan kepada ibu bapanya kecuali keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang membanggakan iaitu 9A.

Sebagai satu-satunya calon tunggal memperoleh 9 A di mana dua darinya adalah A+ (Cemerlang Tertinggi) dan selebihnya A- di SMK Sri Pantai Kuala Lumpur, Adam Ibrahim bin Mohd Yusof, 18 tahun  sama sekali tidak menyangka akan memperoleh keputusan sebegitu.

Adam Ibrahim calon tunggal peroleh 9A di SMK Sri Pantai Kuala Lumpur.

Ibunya, Zabedah tidak dapat menahan tangisan sebaik mengetahui keputusan SPM anak bongsunya itu dan sempat melakukan sujud syukur dari atas kerusi didudukinya.

Adam bersama kedua ibu bapa yang kini menyara kehidupan berjualan kuih dan goreng pisang di Kondo Rakyat Blok 4 perumahan mereka duduki

Lebih membahagiakan, walau ibu bapanya hanya menyara kehidupan dengan berniaga kuih muih dan goreng pisang berdekatan kediaman mereka di Kondo Rakyat, Bukit Kerinchi,  jelas Adam dia bangga kerana usahanya selama ini berbaloi.

Apa yang mengharukan, ketika keputusan diumumkan di sekolahnya, Adam yang pada awalnya datang ke sekolah sendirian, kemudian pulang semula ke rumah untuk mengajak mengambil kedua ibu bapanya untuk sama-sama menyaksikan detik bersejarah berkenaan.

Malah apa yang mengharukan saat namanya diumumkan sebagai calon tunggal memperoleh 9A, ibunya, dikenali sebagai Zabedah binti Kerot, 58 terus melakukan sujud syukur di kerusi di dudukinya dan hampir-hampir terjatuh sambil air matanya mengalir seolah tidak mempercayai keputusan diperoleh anaknya itu.

“Syukur pada Allah atas kejayaan anak. Saya tengah berniaga ketika Adam datang dan katanya cikgu suruh datang sekolah. Dia pecah rekod dalam keluarga memperoleh 9A,” katanya memaklumkan kesemua anak-anaknya masuk ke universiti dan berkata Adam bercadang untuk memilih menjadi doktor.

“Sebenarnya saya rasa terlalu sebak. Susahnya besarkan anak-anak dahulu tetapi dengan wang  jualan kuih muih, bihun, nasi lemak inilah saya besarkan anak-anak hingga mereka mencapai apa mereka hajati.

Itu yang rasa sangat sebak bila Adam peroleh keputusan baik dalam SPM. Syukur pada Allah. Adam memang banyak  menolong di rumah. Tolong bungkus nasi lemak, sidai baju dan sebagainya. Dia anak yang baik,” katanya memaklumkan biasanya dia akan bangun jam 12 tengah malam menyiapkan kuih muih untuk jualan.

Malah ketika mengiringi anaknya ke pentas untuk mengambil slip peperiksaan dari YB Fahmi Fadhil, Ahli Parlimen Lembah Pantai selain Pengetua SMK Sri Pantai Kuala Lumpur, Ustaz Wan Zaidi Wan Mahmood, air matanya tidak henti mengalir.

Adam dan Queena calon yang mendapat keputusan cemerlang SPM 2019 di SMK Sri Pantai Kuala Lumpur. Bersama YB Fahmi Fadzil, Pengetua Ustaz Wan serta PK sekolah

Menjelaskan rahsia kejayaannya, kata Adam yang belajar di aliran Sains dia tiada cara khusus belajar sebaliknya hanya biasa-biasa.

“Biasanya lepas Isyak saya akan mulakan ulangkaji. Masa tidak menentu, adakalanya hingga jam 2 pagi. Tapi kalau penat sangat, saya akan tidur dahulu dan bangun pada jam 4 pagi untuk solat dan belajar sebelum terus ke sekolah,”katanya memaklumkan, ketika peperiksaan percubaan dahulu, dia hanya memperoleh 5A dan kerana itulah dia sama sekali tidak menyangka akan peroleh 9A hari ini.

Malah kata Adam, dia akan bertemu guru kaunselor sekolahnya bagi membincangkan langkah seterusnya sebelum mengisi borang permohonan ke universiti.

Remaja

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!