Johor – Pelakon, Intan Najuwa, 26, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Azraf Azman, 39, dalam majlis pernikahan di sebuah resort di Desaru Coast.

Pasangan itu dinikahkan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor MAINJ, Datuk Dr Nooh Gadut pada jam 6.45 petang dan sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Dalam majlis bertemakan empat unsur alam itu, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd Wahid menerima mas kahwin sebanyak RM 20,000 dan hantaran berjumlah RM 222,000.

Angka 2 menjadi pilihan kerana ia lambang tempoh dua tahun perkenalan pasangan itu.

Tahniah Intan

Pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.

Majlis dihadiri kira-kira 150 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, rakan selebriti dan pihak media.

Dalam majlis pernikahan yang jatuh pada hari kelahirannya, Intan dan suami tampl menawan dalam persalinan busana rekaan pereka fesyen terkenal, Fizi Woo berwarna putih.

Majlis berlangsung dalam suasana yang cukup tenang dan romantis berlatar belakangkan pemandangan pantai yang indah.

Awal tahun ini, timbul desas-desus mengenai pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu itu yang dikatakan sudah bertunang buat kali kedua dan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.

Intan bagaimanapun tidak menafi atau mengiyakan perkara berkenaan sebaliknya memberitahu akan berkongsi berita gembira itu jika ada.

Pada Ogos 2019, Intan pernah bertunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, namun ikatan itu tidak bertahan lama.

Kredit : HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

By admin

error: Content is protected !!