Kuala Lumpur – Personaliti media sosial dan usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli mendedahkan dirinya turut disekat oleh pelakon Nad Zainal di laman Instagram.

Iqbal, 29, berkata, dia tidak tahu punca sebenar dia disekat kerana mereka tidak pernah berjumpa atau bertegur sapa di media sosial.

Saya tidak pernah berjumpa atau menyebut namanya di media sosial. Sampai sekarang sekarang saya tidak tahu kenapa saya di block olehnya di Instagram.

“Sampai sekarang saya tidak tahu kenapa begitu,” katanya.

Terkejut Kena Blocked

Iqbal berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Khamis.

Dalam pada itu, Iqbal turut memohon maaf sekiranya dia ada membuat kesilapan terhadap pelakon drama Cina Buta tersebut.

Kata Iqbal, mungkin aktres berkenaan tidak suka kepada dirinya yang sering terpalit dengan kontroversi dan bertindak untuk menyekatkan di media sosial.

Saya pun kurang pasti mungkin dia Nad serabut bila nama saya muncul dengan pelbagai kontroversi kan saya faham.

“Kalau ada salah saya minta maaf. Sedikit sebanyak ia membuatkan saya down dan tertanya apa salah saya sebab sebolehnya saya mahu menghormati dan berbaik dengan semua orang,” ujarnya.

Sebelum ini, Nad menyangkal dakwaan dia bermasam muka dengan beberapa selebriti yang pernah menjadi sahabatnya.

Nabila Dan Sharifah Sakinah

Nad memberitahu dia tidak mahu memberi fokus kepada siapa yang hilang dari radar kerana menganggap ia bersifat kebudak-budakkan untuknya.

Sementara itu, pelakon Nabila Huda dalam satu kenyataannya juga memberitahu dirinya sudah disekat oleh aktres berkenaan di laman Instagram dan secara sinikal memberitahu tidak mengenali Nad.

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

By admin

error: Content is protected !!