Penggiat industri seni dan hiburan dikejutkan dengan berita pemergian pelakon terkenal Ashraf Sinclair di Jakarta, Indonesia pada pagi Selasa.

Desas-desus mengenai tahap kesihatan ashraf mula diperkatakan apabila pemergiannya boleh dikatakan terlalu awal iaitu pada usia yang baru mencapai 40 tahun.
Namun, menurut pengurus kepada isteri ashraf, Bunga Citra Lestari, Ashraf paling sihat di antara mereka.

“Enggak ada (sejarah). Dia sehat banget. Di antara kami semua, dia paling sehat,” kata Doddy di rumah di Pejaten Barat, Jakarta Selatan dalam laporan berita tempatan Kompas.
Doddy turut meminta agar ahli keluarga, sahabat dan kenalan ashraf tabah dalam menghadapi saat ini.

Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979. Beliau mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008.
Ashraf juga merupakan abang kepada penyampai radio Mix FM dan pelakon Aishah Sinclair, 39.

Ashraf sangat rapat dengan anak lelakinya, Noah Sinclair. Buktinya dia sentiasa memuatnaik gambar bersama anak lelakinya. Melalui gambar-gambar tersebut jelas kelihatan mereka sangat akrab. Kehilangan ashraf tentu sangat dirasai oleh Noah.
Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga Sinclair.
MajalahPaMa