Kuala Lumpur – Gelekan penyanyi sensasi, Baby Shima, 28, di Konsert Hausboom Music sekali lagi mengundang kecaman hebat apabila disifatkan keterlaluan, selain pakaian mencolok mata, kelmarin.

Akibatnya, Shima dituduh tidak sensitif, murahan dan ada netizen berharap dipanah petir pada konsert berkenaan.

Malah, ada netizen mempertikaikan kenapa penyanyi antarabangsa dilarang memasuki ke Malaysia, sedangkan artis tempatan tidak menjaga adab ketika persembahan.

Tidak melatah kritikan dilemparkan, penyanyi lagu Ikan Di Dalam Kolam itu berkata, netizen yang mengkritik tidak berada di tempat kejadian.

Reaksi Baby Shima

Sebaliknya, katanya, hanya melihat potongan video persembahannya yang dikongsikan dalam platform media sosial.

Sebenarnya saya tak tahu video gelekan menjadi viral dan dilihat keterlaluan.

Saya merasakan ia hanyalah gelekan biasa untuk persembahan dangdut.

“Apa yang dikongsikan dalam laman sosial hanyalah potongan video persembahan diambil pelbagai sudut.

Video yang viral diambil dari arah belakang, jadi kelihatan keterlaluan.

“Sekiranya melihat persembahan secara live mereka dapat lihat gelekan saya tidaklah teruk sangat,” katanya.

Shima berkata, sekiranya persembahannya keterlaluan tentulah penonton sudah diboikot, sebaliknya rata-rata kelihatan terhibur menonton persembahannya.

Katanya, dia tiada niat mencabar mana-mana pihak.

Sebagai penghibur, katanya, dia hanya ingin menjalankan tanggungjawab diamanahkan penganjur dengan sebaiknya.

Saya tak cabar mana-mana pihak, walaupun saya tahu apa sahaja yang dilakukan pasti ada yang tak kena di mata netizen.

“Sedangkan jika mengikut dangdut sebenar, gelekan lebih dahsyat lagi. Apa yang ditonjolkan tak sampai 50 peratus,” katanya yang pernah dikecam bergelek dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri, baru-baru ini.

Kredit : BH/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!