Kuala Lumpur – Teka-teki sama ada penyanyi dangdut, Baby Shima akan bertanding dalam pilihan raya negeri PRN masih lagi menjadi tanda tanya susulan perkongsian videonya di laman Instagram pada Selasa.
Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata, dia membatalkan hasratnya hendak bertanding dalam PRN sekiranya ditempatkan di Kelantan.
Alamak kalau macam itu, maaf YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Shima tidak jadi nak bertanding.

“Maaf semua tak jadi nak tanding,” katanya dalam ruangan perkongsian video pada Selasa.
Tak Jadi Bertanding
Menerusi video tersebut, Baby Shima sedang bertanya kepada bekas Ketua Pemuda UMNO itu mengenai negeri mana sesuai untuk bertanding dalam PRN akan datang.
Khairy menjawab pertanyaan tersebut dengan mencadangkan Kelantan sebagai lokasi sesuai untuk Baby Shima.
Saya rasa Shima sesuai bertanding di Kelantan,” jawabnya.
Pada Isnin, Baby Shima mengumumkan dirinya akan bertanding pada PRN tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Baby Shima tidak memaklumkan parti mana yang akan diwakilinya nanti.
Suruhanjaya Pilihan Raya SPR pada 5 Julai lalu menetapkan PRN di enam negeri diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian, manakala 29 Julai sebagai hari penamaan calon.
Sementara itu, hari pengundian awal ialah pada 8 Ogos ini.
Kredit : Sinar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.