Kuala Lumpur – Majlis pernikahan pasangan selebriti terkenal, Mimi Lana dan Syafiq Kyle yang sepatutnya diadakan pada 18 Ogos depan, dibatalkan.
Menurut pengurus Mimi, Iman Tang, aktres itu sendiri menghubunginya untuk memaklumkan perkara tersebut pada Selasa.
Mimi ada hubungi saya pada Selasa untuk maklumkan yang tarikh 18 Ogos yang sepatutnya menjadi tarikh pernikahan mereka telah dibatalkan.
Saya ada tanya dia, batal atau tangguh tapi dia cuma jawab tarikh 18 Ogos itu memang tak jadi. Ikutkan persiapan mereka semuanya dah siap, venue, katering semua dah bayar.

Batal Atau Tangguh
“Sebab segala persiapan mereka berdua yang uruskan bersama, kiranya majlis itu sangat personal untuk mereka,” kata Iman ketika dihubungi.
Dalam pada itu, Iman menafikan dakwaan pembatalan majlis pernikahan pasangan selebriti itu berpunca daripada masalah peribadi.
Saya ada tanya Mimi, ada masalah apa-apa ke? Mimi cakap tak ada masalah apa-apa. Apa yang saya boleh tegaskan, tiada masalah peribadi yang menjadi punca.
“Sebab saya sendiri ada jumpa mereka pada hujung minggu lalu. Mereka nampak okay dan kami ada makan bersama-sama. Jadi tiada isu atau masalah peribadi,” ujarnya.
Terdahulu, Mimi diraikan dalam satu majlis istimewa yang hanya dihadiri sahabat rapat antaranya Fazura, Amelia Henderson, Azira Shafinaz, Nabila Huda dan Sherry Al Hadad.

Untuk rekod, hubungan pasangan ini dikatakan pernah terlerai pada Mei 2020 selepas lima tahun menyulam cinta namun kembali bertaut apabila masing-masing dilihat berkongsi gambar di media sosial.
Mimi dan Syafiq bertunang pada 21 Januari 2023.
Kredit : Astro/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.