Kuala Lumpur – Pelakon Bell Ngasri berharap netizen berhenti melemparkan kecaman terhadap bintang remaja Qistina Raisah berhubung kenyataan yang disalah anggap segelintir pihak.

Katanya, komen ditinggalkan menerusi Instagram hanya gurauan kerana dia tahu apa dimaksudkan Qistina bukan ditujukan kepadanya, apatah lagi mereka sudah kenal lama sejak aktres berusia 15 tahun itu kecil lagi.

Saya tak sangka komen saya diambil serius sedangkan kalau baca sekali lalu pun orang boleh tahu nada saya cuma berseloroh.

Tengok-tengok ada yang kaitankan kononnya saya sekolahkan pula Qistina susulan artikel terbabit.

“Saya dah kenal dia lama, malah kami banyak berlakon sama-sama. Jadi minta tolong hentikan salah faham dan jangan lagi hentam dia,” katanya.

Permintaan Dari Bell Ngasri

Menurut Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ke 35 ABP35 itu, ibu merangkap pengurus pelakon tersebut, Roszana Aminuddin ada menghubunginya, baru-baru ini.

Antara kami memang tiada isu, ketika ibu Qistina hubungi saya, saya turut nyatakan memahami situasi yang berlaku.

“Pelik juga dulu tak siapa pun peduli kalau saya tinggalkan respons dalam Instagram pihak lain, maknanya memang sekarang saya kena hati-hati,” katanya lagi.

Semalam, pelakon filem Rahsia itu meluahkan perasaan terkilan terhadap sebuah portal hiburan yang didakwa memfitnahnya menerusi artikel seolah-olah dia dengkikan pelakon lain yang mendapat anugerah.

Kredit : Kosmo/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

By admin

error: Content is protected !!