Kuala Lumpur – Pelawak dan penyampai radio terkenal, Johan mengakui sudah bersedia untuk menerima segala kritikan ramai pihak ketika mengendalikan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 35 ABPBH 35.

Menyedari dirinya seorang lantang bersuara, Johan bagaimanapun berkata dia perlu bijak mengawal pilihan sendiri terutamanya ketika berada di atas pentas berprestij ini.

Saya dah mengambil tanggungjawab ini bermakna saya berani menghadap risiko tetapi bagaimana kita mengawal risiko itu adalah penting. Benda tersalah, tersasul bahasa itu adalah pilihan.

“Contoh, saya boleh mencarut atas pentas sebab itu pilihan saya tetapi saya memilih untuk tidak. Jadi macam mana kita mengendalikan pilihan sendiri itu adalah penting,” katanya.

Dalam masa yang sama, Johan sempat menitipkan pesanan pedas kepada penonton yang gemar melemparkan kata-kata tohmahan terutamanya di peredaran zaman media sosial kini.

Saya Terima Komen Membina Tapi Kalau Sebaliknya, Lebih Baik Diam

Sekarang ini zaman media sosial dimana ramai orang boleh kritik apa saja yang tidak puas hati.

Kalau komen mereka positif dan membina, saya terima. Tapi kalau kritik sesuatu perkara yang melihat dari luaran sahaja lebih baik diam, tuturnya.

Sementara itu, Johan meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang dan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara bersama rakan selebriti, Ain Edruce.

Menurutnya, dia mempercayai Ain adalah selebriti yang sangat berbakat dan berharap agar mereka masing-masing dapat membantu mewarnakan malam anugerah tersebut.

Saya percaya dia tiada masalah dari segi percakapan atau pengacaraan sebab setiap minggu dia mengendalikan program Melodi TV3.

Saya percaya pengalamannya boleh dikongsi bersama saya sebab seitap yang berlaku di atas pentas itu perlu dirancang, spontan itu jatuh nombor dua.

“Saya memerlukan masa bersama dengannya untuk bina chemsitry kami bersama, jadi kami akan duduk membincangkan strategi pengacaraan nanti,” jelasnya ketika ditemui di majlis prakemuncak Anugerah Bintang Popular BH 35 berlangsung di The Agam, pada Selasa.

Kredit Gambar

Johan yang juga tercalon top 5 dalam kategori penyampai radio popular dan artis komedi popular menyerahkan segalanya kepada rezeki Allah SWT.

“Sejujurnya, fokus saya kepada pengacaraan dan bukan untuk menang. Kalau ada itu, rezekilah. Jadi saya lebih fokus untuk merancang cara saya dan Ain mengacara, takut tersasar bahaya,” ujarnya lagi.

Pentas ABPBH 35 bakal dihangatkan dengan persembahan Datuk Ramli Sarip, Datuk Yusni Hamid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Amelina, Aizat Amdan, Aina Abdul, Sufian Suhaimi, Baby Shima dan ramai lagi.

Bertemakan Ekspresi Legasi Seni, ABPBH 35 akan dipentaskan di panggung seni utama negara, Istana Budaya pada 21 Julai, Jumaat depan dan penaja utama, oleh Fellera Skin.

Kredit : TV3/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!