Umum telah mengetahui bahawa Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini semakin memburuk.
Bilangan kes serta angka yang dicatatkan semakin naik mendadak dari hari ke hari. Pelbagai langkah pencegahan telah diambil oleh beberapa negara antaranya mengenakan sekatan perjalanan serta perintah berkurung bagi mengawal penularan ini.
Menurut warganet yang memuat naik video tersebut di Twitter, laungan azan itu telah ditukar daripada “hayya alas-salah” (mari menunaikan solat) kepada “al-salatu fi buyutikum” (solatlah kalian di rumah).
Lain pula ceritanya di Kuwait apabila sebuah masjid di negara tersebut dilihat menukar laungan azan susulan daripada penularan koronavirus kini.
“Azan di Kuwait pada hari ini telah diubah kerana kornavirus.
“Daripada ‘hayya alas-salah’ (mari menunaikan solat) kepada ‘al-salatu fi buyutikum’. Ianya pernah dilakukan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W ketika hujan lebat dan angin kencang,”tulis Tweet tersebut.
Video yang berdurasi selama 45 saat itu telah mendapat tontonan sebanyak lebih 90 ribu kali daripada warganet.
Marilah kita bersama-sama turut berdoa agar ini boleh dibendung dengan cepat.
Dalam perkongsian video yang lain, suara bilal tersebut kedengaran seakan sebak semasa melaungkan azan.
SiakapKeli