Kuala Lumpur – Selepas bersemuka dan bertentang mata, penyampai radio Suria FM iaitu Shuib terbuka hati memaafkan individu bernama Zuhairi yang telah menyebarkan fitnah terhadap dirinya dan arwah isteri, Siti Sarah di media sosial, baru-baru ini.
Dalam pertemuan yang berlangsung di kafe Bubblee Bee, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa, Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, turut mengingatkan Zuhairi supaya tidak lagi menyebarkan fitnah tentang dirinya dan keluarga.
Sejak bercakap di telefon semalam Isnin saya juga sudah berlembut hati. Hari ini Zuhairi tampil dan memohon maaf.
Saya maafkan dia. Saya tahu dia seorang yang beradab kerana berani datang hari ini. Mungkin silap kerana berkongsi di media sosial sebelum ini, katanya dalam pertemuan tersebut.

Ada Seorang Lagi Individu
Kedua-dua mereka juga dilihat berpelukan sebelum Shuib sendiri memohon maaf sekiranya sesi yang berlangsung bakal mengundang masalah lain buat Zuhairi.
Dalam pada itu, Shuib memberitahu dia sedang mengesan seorang lagi pengguna media sosial bernama John Dihani kerana telah menyebarkan fitnah tentang isterinya itu.
Shuib dengan nada tegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan sebagai pengajaran agar perkara sama tidak berulang lagi.
Biarlah peguam saya yang pergi berjumpa dia dahulu. Saya sudah bincang perkara ini boleh ambil tindakan dan saya akan saman sebagai satu bentuk pengajaran.
Perkara ini nampak mudah tetapi ia melibatkankematian isterinya. Tuduhan itu seolah-olah saya membunuhisteri sendiri. Kalau betul sila bersemuka dengan bukti.
Saya tegas dengan pendirian ini sebab saya tahu apa yang dikatakan semua tidak betul,” ujarnya.
Pada Isnin lalu, Shuib berkongsi dua paparan pengguna media sosial yang menyebarkan fitnah kononnya dia terlibat dengan dengan ikutan organisasi F.
Dua individu itu juga menyebut, Shuib sengaja membuat perancangan dengan pihak hospital sehingga menyebabkan kematianSarah.
Perkara ini boleh menimbulkan keraguan. Sebab saya sendiri yang melihat arwah meninggal dunia, saya yang mengangkat jenazah. Jadi penyebaran berita ini boleh timbulkan salah faham.
“Kalau ada bukti jom kita ke hospital untuk bercakap,” tegasnya.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.