Kuala Lumpur – Pengarah k.ontroversi, Syamsul Yusof, 39, akhirnya meleraikan s.pekulasi apabila mengesahkan berkahwin dua dengan wanita pilihannya, Ira Kazar di Thailand.
Syamsul berkongsi berita gembira itu menerusi video dimuat naik dalam laman Instagram, semalam.
Majlis akad nikah Syamsul dan Ira berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi.
“Hari ini saya bergelar suami Ira dengan berwalikan bapanya, Kazar. Ira kini sah menjadi isteri saya di sisi s.yarak dan Allah,” katanya.

Ada Netizen Mesej Shamsul Ghau Ghau
Pelakon Shamsul Ghau Ghau tampil menjentik humor dalam kalangan warganet apabila ada yang tersalah anggap Shamsul ekoran i.su yang sedang tular ketika ini.
Kisah pergolakan rumah tangga pengarah dan pelakon k.ontroversi Syamsul Yusof serta isterinya Puteri Sarah Liyana menjadi topik hangat sejak pend.edahan perkahwinan di Thailand bersama Ira Kazar sejak semalam.
Kata Shamsul Ghau Ghau, ada segelintir warganet yang ters.alah anggap dirinya adalah individu yang dimaksudkan dalam keke.cohan ketika ini.
“Orang lain yang kahwin kenapatag aku? Aku kahwin betul-betul baru tahu?” tulisnya pada hantaran di media sosial berserta nama isterinya, Syarifah Azrinah Syed Ibrahim.

Perkongsian Shamsul itu mendapat pelbagai reaksi lucu dalam kalangan warganet termasuk rakan selebriti antaranya Idris Khan, Fitri Haris, Erry Putra, Eizlan Yusof, Black, Saiful Apek dan ramai lagi.
Syamsul pada Jumaat mengumumkan telah mendirikan rumah tangga bersama Ira Kazar, wanita yang did.akwa pernah menjadi individu ketiga dalam perkahwinanya bersama Puteri Sarah.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.
Kredit : Astro/FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.