Kuala Lumpur – Sebelum ini buat pertama kali Bantuan Keluarga Malaysia BKM diperkenalkan menerusi Belanjawan 2022.
Menurut M.enteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, belanjawanini menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu rakyat yang sejahtera perniagaan yang berdaya t.ahan serta ekonomi yang makmur dan mampan.
Tidak dinafikan kos sara hidup semakin meningkat. Bantuan yang bakal disalurkan ini sedikit sebanyak dapat membantu kesejahteraan golongan yang disasarkan.

Bantuan Keluarga Malaysia diwujudkan dalam Belanjawan 2022 dengan peruntukan sebanyak RM 8.2 b.ilion.
Golongan isi rumah yang berpendapatan kurang atau RM 2,500 dan memiliki lebih tiga orang anak akan menerima bantuan sebanyak RM 2,000 secara oneoff.
Bantuan tambahan sebanyak RM 500 lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM 5,000.
Bantuan tambahan sebanyak RM 300 turut diberikan kepada isi rumah warga emas.
Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM 2,500.
Peruntukan itu merupakan peningkatan berbanding Bantuan P.rihatin Rakyat BPR sebelum ini iaitu kadar tertingginya hanya RM 1,800.

BKM Fasa Empat Diawalkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Bantuan Keluarga Malaysia BKM Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November depan.
Beliau berkata, pembayaran bernilai RM 2.1 b.ilion itu bakal memanfaatkan seramai 5.2 j.uta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas, bujang serta yang tiada pasangan.
“Secara keseluruhannya, sebanyak RM 8 b.ilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan seramai 8.7 j.uta penerima bagi tahun 2022.

“Untuk BKM Fasa 4 pula, setiap penerima bakal menerima sehingga RM 900 mengikut kategori kelayakan masing-masing dan ia merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Ismail Sabri, keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi M.onsun Timur Laut MTL yang dijangka bermula pada pertengahan bulan ini.
Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November ini dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran boleh dirujuk di portal rasmi BKM.
Kredit : Kosmo/FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.