Kuala Lumpur – Pembayaran fasa tiga dan fasa rayuan Bantuan Keluarga Malaysia BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima secara berperingkat, mulai Selasa depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran bernilai RM 2.2 b.ilion itu, dijangka memanfaatkan seramai 8.7 j.uta penerima.
“Bagi BKM fasa tiga, setiap penerima sedia ada bakal menerima sehingga RM 900. Selain itu, rayuan lebih 80,000 penerima sudah diluluskan dan akan menerima sehingga RM 2,350, mengikut kategori kelayakan masing-masing.

“Ia termasuk Bantuan T.unai Tambahan diumumkan kerajaan pada Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Perdana Menteri memaklumkan, pembayaran itu membabitkan penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas, bujang atau tiada pasangan dan bujang serta mereka yang lulus r.ayuan BKM.
“Keseluruhan proses berkenaan dijangka selesai pada 27 September ini,” katanya sambil menambah sehingga September ini, sebanyak RM 5.9 b.ilion sudahpun disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran ditetapkan.
Ismail Sabri berkata, masih terdapat bayaran BKM fasa empat, bernilai RM 2.1 b.ilion yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember depan.
Semakan status pembayaran boleh dibuat menerusi pautan bkm mulai Selasa depan.
K.erajaan sentiasa mengutamakan kebajikan seluruh Keluarga Malaysia, terutama ketika negara berdepan cabaran kenaikan i.nflasi dan krisis geop.olitik yang memberi kesan menyeluruh terhadap rantaian global.
“Kerajaan komited memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar dengan aspek jaringan keselamatan sosial akan terus diberi tumpuan dalam Bajet 2023,” kata Perdana M.enteri.

BKM adalah inisiatif bantuan tunai langsung diumumkan dalam Bajet 2022 bagi memanfaatkan golongan B40 terkesan dengan kos sara hidup yang menerima sehingga RM 2,500, tahun ini.
K.erajaan kemudian mengambil keputusan menyediakan bantuan tunai tambahan RM 100 lagi untuk kumpulan isi rumah B40, manakala tambahan RM 50 bagi golongan bujang.
Kredit : BH/FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.