Kuala Lumpur – Penerimaan setiap orang lain dan tiada m.asalah nak menegur cuma jangan ikut perasaan,” kata eksekutif jualan kereta yang juga bekas peserta uji bakat MentorLegend, Muhammad Erdy Sofian Edrus.
Muhammad Erdy Sofian, 30, memberi reaksi itu ketika diminta mengulas kr.itikan dilemparkan penyanyi dangdut, Mas Idayu terhadap Sissy Iman dan Naim Daniel dalam program nyanyian Famili Duo, Ahad lalu.
Tak Sangka Netizen Jumpa Video

Biarpun tidak terbabit atau ada kaitan dengan program berkenaan, Muhammad Erdy Sofian turut terkena tempias ko.ntroversi itu selepas video lamanya ketika menghadiri ujibakat Mentor Legend pada 2014 kembali tular.
Menerusi video itu, Muhammad Erdy Sofian dilihat berani membidas komen diberikan Mas Idayu terhadapnya dengan kata-kata p.edas malah mempersoalkan suara penyanyi berkenaan.
Muhammad Erdy Sofian bersuara selepas Mas Idayu yang menjadi juri uji bakat menaf.ikan kebolehannya menyanyi.
“Ikutkan, saya tidak aktif dalam media sosial tetapi ada juga s.croll Facebook untuk baca berita terbaru jadi tahu serba sedikit mengenai k.ontroversi itu Sissy Iman dan Naim Daniel dim.arahi Mas Idayu.
Apabila tengok video itu, saya tergelak sendiri kerana teringatkan pengalaman kira-kira sembilan tahun lalu dan terkejut apabila dipetik netizen.
Tak tahu nak cakap macam mana cuma waktu itu, saya muda jadi jawab ikut emosi tetapi ia spontan dan bukan dirancang.
Ada orang mungkin boleh menangis dengar kr.itikan pedas, saya mungkin lain jadi penerimaan setiap orang berbeza,” katanya ketika dihubungi.
Berkongsi perihal dirinya, Muhammad Erdy Sofian berkata, MentorLegend adalah program pertama dan terakhir dia hadir ke uji bakat menyanyi.
Selepas itu, tiada lagi. Saya juga tidak jumpa atau berhubung dengan Mas Idayu selepas uji bakat itu.
Bagaimanapun, minat menyanyi masih ada sampai sekarang dan suka nyanyi tidak kisah lagu apa pun.
“Majikan juga tahu saya minat saya jadi akan minta saya buat persembahan apabila ada majlis seperti makan malam anjuran syarikat,” katanya.
Terdahulu, Sissy Iman yang bergabung dengan penyanyi dan pelakon, Naim Daniel dalam program Famili Duo menerima kr.itikan pedas Mas Idayu selepas mempersembahkan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam irama keroncong.
Rentetan kr.itikan itu, Sissy Iman dilihat menangis di atas pentas.

Bagaimanapun, rata-rata netizen yang menyaksikan persembahan itu memberi komen positif dan beranggapan apa yang dipersembahkan satu kelainan kerana Sissy Iman dan Naim bukan hanya menyanyi, tapi berlakon juga mengikut tema tugasan minggu keenam itu.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang menyokong teguran Mas Idayu dengan mengatakan apa dikatakan penyanyi itu benar.
Kredit : HM/FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.