Kuala Lumpur – Bimbang dit.uduh s.ombong, pelakon dan pengacara, Ramona Zamzam, 32, menjelaskan dia serta suami, Rami Alashkar, mengalami kera.cunan makanan sehingga terpaksa dirawat di h.ospital ketika menghadiri majlis perkahwinan adik perempuannya di Kampar, Perak, kelmarin.
Menurut Ramona, dia dan suami mula mengalami tidak sedap badan dan apabila berulang kali m.untah serta c.irit-b.irit membuatkan mereka mengambil keputusan menyerah diri ke h.ospital untuk mendapatkan rawatan.
Saya terpaksa jelaskan situasi ini sebab tidak mahu ada tetamu dan kenalan fikir saya s.ombong atau apa. Maklum sajalah, ini majlis perkahwinan, jadi ramai saudara-mara, keluarga, kenalan, termasuk guru sekolah saya dan adik hadir.
Ramai yang ajak bergambar dan mahu bertegur sapa, saya pula tiba-tiba tidak sihat. Ingatkan cuma penat, tetapi apabila naik sebentar di bilik rehat, saya dan suami mula mengalami m.untah-m.untah.

“Saya risau bila orang tengok kami berdua tiada di majlis kahwin adik, nanti macam-macam andaian timbul. Sebelum terjadi, lebih baik saya jelaskan situasi sebenar,” katanya ketika dihubungi.
Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya, pelakon filem KL SpecialForce itu berkata, dia bersyukur kerana sudah semakin pulih.
Alhamdulillah, saya dan suami sudah semakin okey. Sudah ada tenaga sikit. Kalau tidak, agaknya untuk bercakap pun tidak berdaya. Kami berdua juga demam semalam, namun mujur sudah kembali sihat.
Kami paling risaukan anak, Ivanna sebab dia yang terlebih dahulu mengalami ker.acunan makanan. Tetapi, dia sudah sihat selepas dirawat di klinik. Tidak boleh bayangkan kalau kami tiga beranak sama-sama jatuh sa.kit.
“Kami jenis yang tidak mahu susahkan orang. Dulu, masa s.akit, keluarga mahu tolong hubungi ambulans, tetapi kami rela pandu sendiri kereta untuk ke h.ospital,” katanya.
Ramona juga berharap, agar tiada pihak mengambil hati atau tersinggung seandainya tidak dapat bersua muka pada majlis tersebut.
Akuinya, dia ralat dengan apa yang terjadi dan memohon maaf andai ada salah faham.
Terdahulu, Ramona memuat naik satu hantaran di Instagram dan Facebook, memaklumkan dirinya mengalami kera.cunan makanan pada majlis perkahwinan adik perempuannya, Zafira Zamzam, semalam.
Doakan Saya Dan Suami
Bangun awal pagi terus m.untah, masa makeup dah mula rasa demam dan sejuk. Seterusnya saya dan suami sempat singgah di dewan selama 10 ke 15 minit sahaja dan atas sebab ketidakselesaan perut, kami terus ke h.ospital.

Rasa sebak tak sempat jumpa ramai sanak saudara, cikgu, kawan yang datang dari jauh. Tak sempat ambil gambar, tak sempat untuk catch up, sempat ambil gambar dengan pengantin di atas s.tage sahaja.
Mohon maaf atas segala kekurangan, tak sempat ambil gambar bersama org ramai, sesungguhnya saya sangat sebak tak dapat spend time betul dgn semua tetamu.
Maafkan saya dan suami jatuh s.akit pada hari perkahwinan adik saya, bukan niat kami untuk menghilangkan diri.
On behalf of my family, I would like to h.umbly thank all of you who made it to the wedding. InsyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi, doakan saya dan suami segera sihat.
Ramona mendirikan rumah tangga dengan Rami pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivanna Alashkar yang kini berusia lima tahun.
Kredit : Kosmo/FB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.