Petaling Jaya – Menjelang Ramadan, nama personaliti media s.osial ini pasti akan menjadi sebutan ramai.
Mana tidaknya, rata-rata tidak sabar menantikan menu berbuka yang bakal dikongsikan oleh pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih popular dengan nama Khairulaming ini menerusi buah tangan signaturnya, 30 Hari 30 Resipi.
Meskipun hanyalah menu ringkas, tetapi melihat cara penyediaan pemuda berusia 31 tahun ini, ternyata menu berkenaan mampu membuatkan setiap penontonnya terliur.

Soya Ais Campur
Pencuci mulut ini cuma perlukan lima bahan sahaja, senang sangat kan?. Apa lagi jom kita tengok resepi dan bahan-bahannya.
Bahan-bahan
Susu soya Yeo’s atau nak guna jenama lain pun boleh, Susu cair, Cincau, Laici, Nata de coco.
Cara-cara
Mula-mula tuangkan air soya ke dalam empat bekas kecil dan masukkan ke dalam freezer selama 3 ke 4 jam.
Jangan terlalu lama kerana kita cuma nak air soya tu jadi ais dalam 80 peratus sahaja.
Setelah 3 ke 4 jam keluarkan air soya tadi dalam blend sehingga ais agak h.ancur. Agak-agak nampak macam ice blended tu boleh tuangkan ke mangkuk, cawan atau jag.
Kemudian, boleh lah kita sediakan topping dia. Kali ni Khairulaming gunakan cincau, buah laici dan juga nata de coco. Jangan lupa p.otongkan cincau ke bentuk yang lebih kecil.
Selepas itu, susunkan topping tadi di atas ais soya yang kita blend tadi dan tambahkan juga sikit susu cair maka dah siap dan boleh dihidangkan.
Senangkan nak buat soya ais campur ni. Ada lima bahan sahaja senang pula tu jika anda nak cari dekat pasaraya atau di kedai runcit.
Tapi kalau anda tak nak topping cincau dan nata de coco tu boleh tukar dengan benda lain.
Contohnya, Khairulaming juga ada buat topping untuk buah-buahan sahaja macam ni.

Beliau guna buah naga, mangga dan juga laici sebagai topping. Kemudian, tuangkan susu cair dah siap.
Rasanya lebih kepada manis buah-buahan dan memang sesuai untuk anda nak makan semasa berbuka puasa.
Selamat mencuba dan selamat berpuasa semua.
Kredit : RSP/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.