You are currently viewing Ssuatu Trjadi Msa AliPteh Jual Baju KnakKnak, Buatkn Bliau Ucap Sykur Dkat OrangRmai

Ssuatu Trjadi Msa AliPteh Jual Baju KnakKnak, Buatkn Bliau Ucap Sykur Dkat OrangRmai

  • Post category:HIBURAN
  • Reading time:4 mins read

Petaling Jaya – Pada 18 Februari tahun lalu, Ma.hkamah Sesyen memerintahkan Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarganya membayar RM 60,000 kepada Siti Norhidayah kerana mengeluarkan kata-kata menga.ibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

Ali turut tidak menafikan dia mempunyai kekangan untuk membayar jumlah sebesar memandangkan sudah lama tidak menerima t.awaran kerja seni.

Memang t.awaran kerja tidak seperti sebelum arwah Abam menin.ggal dunia, rasanya sudah lebih kurang enam bulan saya tiada job.

Sekarang saya berniaga dalam media sosial. Saya gunakan platform apa yang ada untuk cari duit.

Jual Baju Tidur Kanak-Kanak

Memandangkan sudah enam bulan tidak beraksi sebagai anak seni, pelawak Ali Puteh memilih untuk berniaga sebagai usaha menjana pendapatan.

Menerusi laman Tik.Tok, Ali dilihat menjual pakaian tidur kanak-kanak.

Antara pilihan kartun yang dijual adalah BabyShark, Captain America, Hello Kitty, Doraemon, Squid Game, BoBoiBoy, The Av.engers, Spiderman, Upin Ipin dan Batman.

Kata Ali, 34, harga yang dijual adalah RM 28 untuk tiga pasang baju.

Jangan s.alah sangka. Kalau orang lain nak cakap saya jual mahal, terpulang. Saya tak jual sepasang tetapi sekali tiga set.

Pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan juga beberapa kali menadah tangan apabila orang ramai membeli hasil jualannya.

Alhamdulillah ada yang order lagi. Ya Allah semoga murah rezeki awak. Terima kasih banyak.

Di ruangan komen, warganet meminta adik kepada Allahyarham Abam Bocey untuk mempedulikan kata-kata daripada individu yang berhati hitam.

Selain itu, ramai pengikut turut mendoakan agar Ali dan keluarga terus dimurahkan rezeki.

Terdahulu, Ali Puteh memaklumkan pihaknya akan menjelaskan bayaran RM 60,000 kepada b.alu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah sebelum Hari Raya ini.

Ali berkata dia akan membuat bayaran penuh seperti yang diminta selepas permohonan bayaran a.nsuran ditolak.

Dari awal saya mohon untuk bayar secara a.nsuran, tetapi ditolak. Jadi, saya akan usahakan untuk bayar serentak dengan penuh seperti yang diminta. InsyaAllah, sebelum Aidilfitri ini saya akan selesaikan.

Kredit : OB/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

x