You are currently viewing TrimaKaslh. TngkuZafrul UmumBntuan KelluargaMlaysia YangBru, Ada Tmbahan Dan IniSyratnya

TrimaKaslh. TngkuZafrul UmumBntuan KelluargaMlaysia YangBru, Ada Tmbahan Dan IniSyratnya

  • Post category:SEMASA
  • Reading time:4 mins read

Kuala Lumpur – Menyedari manfaat yang diraih daripada pemberian tunai langsung, M.enteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, hari ini mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia BKM akan terus ditambah baik.

Menyedari manfaat yang diraih daripada pemberian tunai langsung, pelaksanaan BKM akan terus ditambah baik.

Ini ialah kategori baharu sebagai usaha kerajaan meringankan beban keluarga yang meny.ara ramai anak,” katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Gambar Hiasan

Bajet 2023 menyaksikan isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM 2,500 dan menanggung lima anak atau lebih, layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia BKM sebanyak RM 2,500.

Sementara itu, bagi isi rumah sehingga empat anak, mereka layak menerima BKM antara RM 1,000 hingga RM 2,000.

Perkara itu diumumkan oleh M.enteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, menerusi pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, pada petang Jumaat.

Sebanyak RM 10 b.ilion diperuntukkan untuk bantuan tunai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bantuan Keluarga Malaysia.

Selain itu, tambahan RM 500 akan diberikan kepada ibu atau bapa tunggal, dinaikkan jumlahnya kepada RM 3,000 berbanding RM 2,500.

Ini bermakna, ibu atau bapa tunggal layak menerima bantuan maksimum sehingga RM 3,000. Kadar BKM maksimum ini meningkat berbanding RM 2,500 tahun ini.

Kepada warga emas tiada pasangan serta g.olongan bujang pula, mereka akan terus menerima BKM masing-masing sebanyak RM 600 dan RM 350 bergantung kepada had pendapatan tertentu.

Bagi golongan ibu kepada isi rumah penerima BKM yang l.ahirkan anak pada tahun 2023, mereka akan menerima bantuan sebanyak RM 500.

BKM 2023 akan memberi manfaat kepada 8.7 j.uta penerima dengan peruntukan RM 7.8 b.ilion.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM 372.3 b.ilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan k.erajaan.

Kredit : BH/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

x