Kuala Lumpur – Selain pernah bercinta dengan lelaki berbangsa Melayu, Inspektor Sheila mendedahkan dia turut mengambil mata pelajaran Tasawwur Islam pada zaman persekolahan bagi mempelajari agama berkenaan.

Sheila atau Sheila Sharon Steven Kumar, 35, memberitahu dia mendapat greb B subjek itu dalam Sijil Pelajaran Malaysia SPM selain pernah mempelajari serba sedikit tentang al-Quran dan sunah.

Disebabkan itu juga, Sheila yang berbangsa India terbuka menerima lelaki daripada latar belakang berbeza sebagai kekasih hati.

Saya ada pengalaman bercinta dengan lelaki Melayu malah bapa saya juga pernah bercinta dengan wanita Melayu. Jadi dia terbuka soal tersebut.

“Ketika tingkatan lima pun saya ambil mata pelajaran Tasawwur Islam untuk belajar tentang Islam malah saya dapat gred B dalam subjek itu. Saya juga tahu serba sedikit tentang al-Quran dan sunah,” katanya.

Inspektor Sheila Dapat Gred B Tasawwur Islam

Sheila berkongsi perkara itu pada pertemuannya dengan usahawan dan pelakon, Iqbal Zulkefli.

Mereka digandinglan selepas Iqbal meluahkan hasrat untuk mengenali Sheila lebih rapat selepas dia menyifatkan wanita itu mempunyai ciri-ciri wanita idamannya.

Bercakap soal lelaki pilihannya, Sheila tanpa berselindung mengakui dia meletakkan tanda aras tinggi dalam memilih pasangan hidup.

Kata Sheila, sehingga kini dia masih belum bertemu seseorang yang menepati kriteria ditetapkan dan membuatnya gembira.

Saya ada high expectation terhadap lelaki seseorang itu mesti berkerjaya, bercita-cita tinggi, hormat ibu bapa dan arif tentang agama.

“Dalam kata lain kena lengkap ciri-ciri yang baik. Saya juga cuba untuk menjadi seorang wanita lebih baik dan bukan hanya mahu lelaki sempurna,” jelasnya.

Kredit Gambar

Sementara itu mengulas tentang pertemuan bersama Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 29, Sheila tidak menyangka komen gurauan di media sosial akhirnya mereka dapat bertenang mata.

Meskipun baru pertama kali bersua muka, Sheila berkata dia tidak kekok bersama Iqbal kerana usahawan itu seorang yang cepat mesra dan ramah.

Saya pun tak sangka dapat berjumpa Iqbal. Bila bertemu, saya melihat dia seorang yang kacak, ramah dan ada sedikit sifat kebudak-budakan.

“Banyak lagi perkara yang saya mahu kenal tentang Iqbal. Mungkin kami boleh jadi rapat selepas ini,” jelasnya

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!