Kuala Lumpur – Pelakon Nadia Brian tidak melihat kenyataannya ingin mencari seorang lelaki yang memiliki ilmu agama sebagai calon suami sebagai satu perkara yang salah.
Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32, sebaliknya berkata, sebagai seorang wanita dia memang mahu mencari suami yang boleh membimbingnya ke arah lebih baik.
Saya ditanya tentang kriteria bakal suami dan saya beritahu nak yang beragama. Tapi mungkin dia penulis ada tukar sikit perkataan itu tapi tidaklah salah.
Mestilah kita nak yang beragama, dapat membimbing dan susah senang bersama.
Sebenarnya nak berubah pun bergantung pada diri sendiri, doakan yang terbaik untuk saya, katanya.

Doa Yang Baik-Baik
Nadia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran siri B.A.R.I.S.T.A Misi Terpaling Sulit yang diadakan pada petang Khamis.
Dalam pada itu, Nadia berkata, dia berharap orang ramai mendoakan perkara yang baik buat dia dan bukannya memerli apabila berkongsi calon suami yang diidamkan.
Kata Nadia, selepas dua tahun bercerai dengan bekas suami, dia juga sudah bersedia menjalinkan hubungan baharu namun kekangan masa membuatkan dia masih solo.
Saya memang single tapi saya dah bersedia untuk berkawan.
Bila ada yang kata saya tak sesuai dengan orang beragama. Saya minta doa yang baik-baik, penampilan saya bukannya keterlaluan.
“Kalau keterlaluan pun saya minta maaf. Saya masih menjaga batas, tidak menganggu sesiapa dan tahu menjaga diri. Malah saya ada niat nak berubah menjadi lebih baik,” luahnya.

Serius mahu melakukan perubahan, Nadia juga memberitahu dia kini sedang dalam proses mendalami ilmu agama namun lebih selesa perkara itu tidak dikongsi kepada orang ramai.
Saya ada mendekati agama untuk diri saya sendiri seperti mengaji, tapi saya tak kongsi kepada orang ramai. Benda baik ini saya rasa bersifat peribadi, jelasnya.
Sebelum sebuah media melaporkan Nadia mengakui mencari calon suami yang kuat agama membuatkan ramai mengecam pelakon berkenaan.
Rata-rata mereka berpendapat Nadia tidak sesuai mencari pasangan beragama memandangkan penampilannya yang seksi.
Untuk rekod, Nadia pernah mendirikan rumah tangga dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 namun mereka bercerai pada April 2021.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.