Kuala Lumpur – Penyanyi rap, Caprice meminta pendakwah bebas, Ebit Lew supaya segera menghantar surat saman kepadanya susulan pendedahan yang dibuat menerusi podcast bersama Mondy Tatto baru-baru ini.
Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, berkata, permintaan itu bagi membolehkan pihak Mondy menghantar semula saman kepada pendakwah itu beserta bukti.
Salam Ebit Lew, kalau boleh cepat sikit hantar saman tu.
Supaya pihak Mondy boleh saman balik sekali dengan bukti, katanya dalam satu hantaran di Instagramnya tadi.
Reaksi Caprice

Selain itu, dalam hantaran sama Caprice juga memaklumkan pihaknya akan memuat naik lagi pendedahan dibuat Mondy pada Jumaat ini.
Di dalam video yang dimuat naik di Instagram Caprice itu, Mondy mendakwa dia tidak pernah belajar mengaji serta solat seperti yang dikatakan oleh Ebit sebelum ini.
Malah menurut Mondy, dia juga tidak pernah bertemu dengan isteri pendakwah terbabit.

“Aku belum pernah bertemu dengan isterinya. Ini bukan fitnah, ini bukan cakap kosong. Satu masa nanti akan terbukti kebenarannya,” katanya.
Terdahulu, Ebit tampil membuat laporan polis berhubung pendedahan terbabit yang disifatkan sebagai fitnah terhadap dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor pagi tadi.
Kredit : Kosmo/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.