Kuala Lumpur – Baru-baru ini penyanyi veteran, ND Lala dilaporkan telah menceraikan isterinya, Fauziah Sarman.

Kemelut rumah tangga mereka menjadi semakin parah selepas ND Lala didakwa berkahwin kali kedua secara senyap.

Perkara itu disahkan oleh Fauziah yang juga merupakan ibu kepada penyanyi Shila Amzah di Instagram.

Peguam Syarie, Hadi Salleh bagaimanapun menyatakan lafaz cerai yang dibuat penyanyi terbabit tidak sah.

Ini kerana dia perlu melakukan lafaz cerai di mahkamah syariah.

Hadi berkata, hanya hakim yang mempunyai kuasa dan berhak mengesahkan sama ada lafaz cerai yang dilakukan secara lisan dan bertulis sah atau tidak.

Semua tertakluk kepada fakta dan pertimbangan hakim. Jadi, perlu disahkan di mahkamah. Tiada siapa pun berhak menentukannya.

Buang Begitu Sahaja

Saya cuba ikhtiar, berjuang macam-macam. Dah penat berjuang seorang diri.

“Sekarang sudah tiba masa melepaskannya. Bukan tanda mengalah, tetapi saya sudah tak kuasa. Siapa nak ambil-ambillah.”

Saya digantung tak bertali dan ia berlaku sejak tahun lalu. Ketika balik selama tiga bulan, kehidupan saya jadi huru-hara.

Dia memang fokus pada wanita itu dan dalam bahasa kasarnya, dia buang anak isterinya begitu sahaja. Dia memang buang kami.

Sebab kahwin lain, seorang rakannya kata dia takkan ceraikan saya. Jika saya minta cerai, dia akan ceraikan, mungkin.

Kredit : Utusan/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

By admin

error: Content is protected !!