Kuala Lumpur – Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta menyifatkan sifat berlagak ketika berduit tidak harusnya dilemparkan kepada golongan wanita sahaja.

Menurutnya, sikap berlagak tidak hanya tertakluk terhadap golongan wanita kerana kaum lelaki turut mempunyai sifat sedemikian sekiranya mempunyai duit yang berlebihan.

Ada perempuan yang berlagak, mungkin sebab dari pengalaman mereka.

Tidak payah perempuan pun, kalau lelaki gaji banyak sikit, terus bertaring.

“Saya rasa tidak kira lelaki atau perempuan, kalau ada duit lebih memang akan berlagak,” katanya baru-baru ini.

Reaksi Che Ta

Dia berkata demikian bagi mengulas kenyataan aktor Datuk Rosyam Nor yang melabel segelintir golongan wanita lebih ego apabila memiliki duit sendiri.

Dalam masa sama, untuk mengelak daripada dilabel sebagai berlagak, Che Ta memberitahu setiap individu harus bijak mengawal diri dan emosi.

Okeylah kalau ada duit berlagak, yang tiada duit berlagak pula macam mana?.

Jadi, saya rasa yang berlagak bila ada duit tidak bergantung kepada jantina. Bila ada duit, tak kira siapa pun, akan berlagak.

“Semua orang berduit dan perlu belajar kawal diri,” ujarnya.

Baru-baru ini, Rosyam menyifatkan wanita yang bekerjaya dan memiliki pendapatan lebih daripada lelaki akan memiliki sifat angkuh dan ego.

Rosyam juga berpendapat sikap ego berkenaan juga menyebabkan masalah dan keretakan rumah tangga.

Kredit : Kosmo/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!