Setiap pasangan yang bercinta pasti mengimpikan satu hubungan yang berkekalan hingga berkahwin. Namun, lain pula kisahnya dengan pasangan ini apabila cinta mereka tertangguh di tengah jalan disebabkan tidak mendapat restu keluarga.

Cinta tidak direstui

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik seorang pengguna Twitter, Tirtavirai menceritakan kisah cinta seorang wanita yang dikenali dengan nama Elvie bersama cinta pertamanya, Fred.

Menurut gadis ini, hubungan cinta pasangan ini dikatakan berputik sejak mereka berada di bangku sekolah menengah lagi. Tetapi malangnya, hubungan mereka tidak direstui keluarga dan akhirnya mereka tidak bersama.

Disebabkan itu, Elvie nekad untuk hidup membujang walaupun usianya kini sudah mencecah 68 tahun.

Cinta lama berputik kembali

Menceritakan kisah itu, gadis ini memberitahu bahawa Elvie akhirnya bertemu kembali dengan cinta sejatinya yang telah sejak berpuluh puluh tahun yang lalu. Pada ketika itu, sang lelaki iaitu Fred kini sudah bergelar seorang dud4 selepas dia kepemergian isterinya.

Selepas bertemu, cinta lama pasangan ini akhirnya berputik kembali dan mereka kembali bercinta.

Sweetnya

Tanggal 7 Mac yang lalu, pasangan ini telah disatukan sebagai suami isteri. Gadis ini turut menegaskan bahawa sepanjang Fred bergelar seorang suami, Elvie tidak pernah menjadi ganggu rumah tangga malah mereka juga langsung tidak pernah berhubung antara satu sama lain.

Cinta sejati itu wujud

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sungguh terharu dengan kisah cinta Elvie dan Fred. Malah tidak kurang juga ada di antara mereka yang memberitahu bahawa cinta sejati itu memang wujud.

OhBulan

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!