Kuala Lumpur – Pengacara dan usahawan Neelofa selamat melahirkan bayi lelaki Selesa lalu pada pukul 10.45 malam di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Berkongsi berita gembira itu, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, memaklumkan bayi keduanya itu berada dalam keadaan sihat.
Tanggal 11 Julai menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami. Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat.
“Mohon doa agar anak kedua ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang,” katanya.
Nama Anak Kedua
Seperti yang dijanjikan pengacara dan usahawan Neelofa memaklumkan memilih Abdullah Abbas sebagai nama bayi lelaki keduanya.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dan suami iaitu Muhammad Haris Ismail, 28, memberitahu mereka memilih Abdullah pada pangkal nama kerana ia adalah nama disukai Allah sementara Abbas menjadi kata-kata dalam doa Rasullulah SAW.
Seperti mana lahirnya Muhammad Bilal, perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas juga terjalin.
Nama yang paling disukai Allah antaranya Abdullah, maka permulaan namanya adalah Abdullah. Manakala Abbas pula Nabi SAW sendiri pernah mendoakannya, katanya.
Neelofa berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selasa.
Sementara itu, Neelofa dan suaminya berharap agar anak keduanya itu menjadi harapan untuk menyampaikan dakwah.
“Jadi harapan Umi panggilan Neelofa dan abah panggilan Haris adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam,” ujarnya.

Kelahiran anak Neelofa sebelum ini dinantikan ramai peminat selepas dia membuat pengumuman hamil kali kedua pada Mac lalu.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan mereka turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal yang berusia setahun.
Kredit : Mstar/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.