Buat peminat pelawak tanah air, pasti saja sangat mengenali dengan Yassin Yahya ataupun lebih sinonim dengan panggilan Yassin Senario dimana dia merupakan seorang pelawak terkenal di Malaysia.

Sebut saja namanya, pasti kebanyakan netizen sangat mengenali dengan pelawak ini yang kini berusia 42 tahun. Dia yang juga merupakan anggota kumpulan lawak terkenal, Senario.

Oleh kerana, sudah lama tidak mendengar khabar mengenai pelawak ini, satu perkongsian daripada Youtuber tersohor iaitu Syahmi Sazli mengejutkan ramai netizen.

Ini kerana, kongsi Syahmi Sazli menerusi Instagram bahawa pelawak itu merupakan artis jemputan dalam Drama Spontan yang ke-23 yang berjudul Parodi Nujum Pak Belalang.

Artis jemputan untuk Drama Spontan 23: Parody Nujum Pak Belalang…” katanya menerusi ruangan kapsyen di Instagram peribadinya.

Seperti diketahui, Drama Spontan merupakan terbitan Syahmi Sazli yang paling popular dalam industri hiburan tanah air. Bahkan, selebriti Malaysia juga sangat meminati segmen Drama Spontan ini dimana ianya akan dimuat naik menerusi laman Youtube milik Syahmi Sazli sendiri.

Sebelum ini, Drama Spontan berjudul parodi Pendekar bujang lapok telah mendapat reaksi hebat daripada ramai kerana terhibur dengan gelagat pelakon-pelakon segmen berkenaan sehingga ianya juga tular di laman sosial.

Dalam Drama Spontan berkenaan, peminat dapat menyaksikan gandingan pelakon-pelakon seperti Yoe Parey, Bedul dan Asif serta pelakon yang tidak asing lagi iaitu, Kamarool Haji Yusoof. Nampaknya, pada kali ini juga bukan biasa-biasa.

Pun begitu, netizen turut rasa tidak sabar untuk menonton Drama Spontan episod kali ini bersama Yassin Senario dan dalam pada masa yang sama, netizen turut memuji Youtuber itu kerana menjemput pelawak legend dalam video terbaru berkenaan.

Reaksi netizen

HimpunanCeritaLawak/IGSyahmiSazli

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!