Kuala Lumpur – Saya dah cuba dan ikhtiar, saya dah berjuang macam-macam. Dah penat berjuang seorang diri.

Sekarang sampai masanya untuk lepaskan dia. Bukan tanda mengalah tapi saya dah tak kuasa. Siapa nak ambil-ambillah.

Demikian pengakuan Fauziah Sarman berkenaan kesudahan rumah tangga dengan suaminya, Datuk ND Lala ketika ditemui.
Fauziah, 55, berkata, selama 10 tahun kebelakangan ini, dia melihat ND Lala seakan tidak menghargai dirinya.

Saya dah digantung tak bertali. Ia berlaku sejak 2022 dan ketika dia balik tiga bulan hari itu pun, kehidupan saya huru hara.

Dia memang fokus pada wanita itu dan bahasa kasarnya memang dia buang anak isterinya begitu sahaja. Dia memang buang kami.

Dia Tipu Saya

Sebab dia kahwin lain, jadi seorang rakannya kata dia takkan ceraikan saya. Tapi kalau saya minta cerai, dia akan ceraikan mungkin. Tapi dia pernah kata dengan rakan itu, walau apapun dia takkan ceraikan saya, katanya.

Fauziah memaklumkan, ND balik rumah selama tiga bulan sahaja pada 23 Januari tahun ini. Tapi ketika dia balik, keadaan menjadi huru hara dan mereka bergaduh setiap hari.

Kami bergaduh besar 1 April lalu dan abang ND entah macam mana buat pengakuan memang dah kahwin dengan Siti Munirah pada Disember lalu.

Dia tipu saya kata bulan Disember. Mungkin dia daftarkan bulan 12 tapi menurut sumber, dia dah kahwin lama iaitu dah lapan tahun.

“Katanya bapa perempuan ini menikahkan mereka. Tapi saya semak di pejabat Wilayah dan Selangor tiada pun pendaftaran perkahwinan dibuat,” katanya.

Bagaimanapun, Fauziah menerusi Instagramnya hari ini mengesahkan suaminya, ND Lala sudah melafazkan cerai terhadapnya pada 2 Ogos lalu.

Fauziah memaklumkan, lafaz cerai itu dibuat di Masjid Ar Rahman, Bangsar, dan dia dimaklumkan mengenainya menerusi kiriman WhatsApp.

Kredit : HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

By admin

error: Content is protected !!