Kuala Lumpur – Baru-baru ini, pelakon Almy Nadia telah mencuri perhatian netizen selepas melakukan live video dan berkongsi sikap sebenar suaminya, Fizz Fairuz.

Almy atau nama sebenarnya, Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah sebelum ini sering menerima kecaman daripada warga netizen hanya kerana bentuk badannya yang semakin berubah.

Dalam pada itu, Almy tampil menjelaskan sebab sebenar suaminya, Fizz Fairuz tidak memberi kebenaran untuk dia menurunkan berat badan.

Dia kata Ma janganlah kurus Ma. Kalau dah kurus nanti awak takde bontot Ma. Kalau kurus, takde bonggol-bonggol nak peluk, nak gigit-gigit.

Sebab Tak Bagi Kurus

Malah, aktres itu juga menyatakan Fizz lebih suka dia berbadan gempal kerana masih lagi menyusukan anak-anak dan tidak perlu alami diet yang berlebihan.

Ramai yang menasihati Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia binti Ungku Aminuddin Shah untuk menjaga kesihatan tubuh badannya.

Tampil memberi respon, Fizz berkata sebagai suami dia tidak kisah dengan fizikal tubuh badan isterinya walaupun sering dikutuk oleh netizen.

Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tak sebab bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah.

Malah, pelakon berusia 43 tahun itu mengakui dia akan tetap menyayangi dan mencintai isterinya dengan sepenuh hati.

Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya terima diri dia yang sekarang. Saya tak kisah sebab saya suka dia gemuk.

Bukan itu sahaja, Fizz turut meluahkan rasa syukur kerana menganggap Almy sebagai seorang isteri yang sempurna kerana pandai menguruskan rumah tangga serta anak-anak.

Kalau dia kurus, saya tak fikir dia akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Jadi tak perlu fikir kalau orang bercakap buruk tentangnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Munafik itu memaklumkan dia juga pernah memberi galakan kepada Almy untuk menurunkan sedikit berat badan dengan cara yang betul dan sihat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap Fizz yang tidak kisah dengan bentuk badan isterinya dan menerimanya seadanya.

Kredit : BN/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!