Selepas hampir setengah tahun mengikat tali pertunangan, akhirnya pelakon cantik Zahirah Macwilson sah bergelar isteri kepada aktor tinggi lampai Aiman Hakim Ridza.
Sedondon mengenakan busana berwarna putih, Zahirah dan Aiman terlihat sangat secocok dan berseri ketika bergelar pasangan mempelai.

Dinikahkan bapa kandung
Pasangan itu telah dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Zainol Johari Macwilson dengan pihak lelaki memberikan mas kahwin sebanyak RM300 tunai.

Aiman Hakim Bin Ridza Abdoh (lahir 17 Januari 1989) merupakan seorang pelakon, penyanyi dan bekas pemain bola sepak amatur Malaysia. Beliau mula mencipta nama dalam bidang hiburan tanahair apabila beliau menjadi peserta rancangan realiti TV Mentor kelima di TV3 dan terkenal menerusi lakonannya.
2001–2005: Kerjaya bola sepak
Sebelum menyertai bidang seni, Aiman juga merupakan seorang yang aktif bermain bola sepak. Beliau pernah menjadi kapten pasukan dan mewakili Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia pada tahun 2001 ketika usianya 12 tahun.
Zahirah dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Sheffield, London dan Perth, Australia serta berketurunan British (bapa) dan Melayu (ibu). Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.
Bapanya ialah Zainol Johari MacWilson yang merupakan bekas penyampai berita TV3 dan ibunya ialah Maslinda Yusoff. Zahirah berkelulusan Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Curtin di Perth, Australia.
Tahniah
Hlive/OhMyMedia