Sabah – Ditendang, ditampar dan rambut ditarik. Itu perlakuan pengasuh wanita terhadap seorang kanak-kanak di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak Taska di Jalan Kampung Seronok Nosoob, Penampang.

Lebih memilukan, rakaman kamera rakaman litar tertutup CCTV menunjukkan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditampar dan dipukul menggunakan pembaris di bahagian muka dan kepala berkali-kali ketika hendak makan.

Rakaman CCTV mengenai kejadian itu tular di media sosial sejak petang tadi.

Bapa kepada kanak-kanak terbabit yang enggan dikenali berkata, dia sendiri tidak sanggup melihat rakaman video daripada CCTV memaparkan anaknya didera.

Saya sendiri tidak sanggup lihat rakaman video daripada CCTV anak saya ditendang dan ditampar di bahagian muka dan kepala. Ibu bapa mana tidak sedih anak diperlakukan sedemikian.

“Malah lebih memilukan saya, ketika hendak makan, anak saya turut ditampar dan dipukul guna pembaris berkali-kali,” katanya dalam nada sebak ketika dihubungi, hari ini.

Pilu Lihat Rakaman CCTV

Bapa kepada kanak-kanak itu turut mendakwa sudah dua kali anaknya menjadi mangsa dera di taska berkenaan sejak Mac lalu.

Katanya, kejadian pertama dua minggu lalu selepas isterinya mendapati ada kesan lebam di bahagian tangan anaknya sebaik diambil daripada taska berkenaan.

Pada mulanya anak saya mengatakan dipukul oleh guru pengasuh namun mengubah mengatakan dipukul rakannya.

Tetapi seminggu kemudian isteri melihat kesan lebam lain di bahagian dada anak kami sebelum bertanya kepada pihak taska.

“Pihak taska hanya memberikan jawapan bahawa itu perkara biasa kerana kemungkinan anak kami bergaduh dengan rakan di taska terbabit,” katanya.

Menurutnya, semalam, sebaik menjemput anaknya di taska itu, isterinya mengusap ubun-ubun anaknya dan terkejut melihat ada kesan luka di kepala anaknya itu.

Kredit Gambar

Katanya, dia bertanya kepada pihak taska namun mereka tiada jawapan mengenai kesan luka itu dan meminta untuk memeriksa CCTV di taska berkenaan sebelum melihat rakaman anaknya didera.

Bapa kepada kanak-kanak itu sudah membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Aru untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, anaknya kini mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth HQE bagi mengenal pasti kecederaan yang dialami kanak-kanak itu.

Kredit : HM/FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

By admin

error: Content is protected !!