Kuala Lumpur – “Dia jatuh cinta ketika melihat saya mengelap pisang,” kata penyanyi dan pelakon, Cat Farish ketika ditanya mengenai bibit-bibit cintanya antaranya dengan isteri, Shikin Maembong.

Menurut Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, dia sekadar membantu Shikin yang juga menyara kehidupan sebagai peniaga makanan berasaskan pisang.

“Dia berniaga. Ada pisang yang disimpan dalam guni dan saya lihat ia basah. Jadi, saya lap hingga kering dan dia seperti terharu dengan tindakan saya itu,” katanya.

Tindakan Itu Menyentuh Saya

Shikin atau nama sebenarnya Siti Nur Ashikin Ismail berkata, tindakan Cat itu menyentuh hatinya dan membuktikan bahawa Cat adalah individu yang menghargai kerja kerasnya sebagai peniaga.

“Selama berniaga, kita berjuang seorang diri. Nak orang yang terima kita seadanya itu susah. Biasanya, kalau berkawan pun, orang tengok berniaga, Oh, biar dia susah seorang saja.

“Tapi, Cat ini lain. Bila susah, susah bersama. Jadi, bila tengok dia menghargai pisang yang kalau pekerja saya, dia longgokkan, tapi dia tahu harga nilai nak berniaga itu. Jadi, susah dan senang bersama-sama,” katanya.

Cat dan Shikin sah bergelar suami isteri dalam majlis akad nikah yang berlangsung semalam dengan sekali lafaz. Pasangan pengantin baharu ini akan diraikan dalam majlis resepsi esok.

Kredit : HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

By admin

error: Content is protected !!