Kuala Lumpur – Sebelum ini kecoh diperkatakan di media sosial dakwaan mengenai seorang pelawak wanita berstatus janda yang kini ‘bersuamikan’ seorang pengkid.

Terbaru, Pihak Melodi TV3 cuba mendapatkan rakan kepada pelawak yang diperkatakan itu iaitu Didie Alias untuk bertanya apakah perasaanya apabila melihat rakannya jadi sebegitu.

Susulan itu, dalam satu video temubual, Didie Alias telah ditemui untuk bertanya akan perasaanya apabila melihat rakan yang dahulu rapat kini sudah memilih jalan seperti itu.

Menerusi video itu, Didie Alias berkata pelawak itu sudah banyak kali membuat perkara itu dan sudah pun dinasihati tetapi ianya hanyalah sia-sia kerana ibarat mencurah air ke daun keladi.

Bahagia Itu Hanya Di Dunia

“Dia yang mengaibkan diri sendiri, orang dah dilamun cinta macam-macam dia lakukan dan tanpa sedar cara kehidupan tu salah.” ujar Didie Alias.

Bukan itu sahaja, Didie juga mengalirkan air mata kerana sedih melihat jalan yang dipilih rakannya itu dan mendoakan agar dia kembali ke jalan yang benar.

Menurut Didie, dia tidak akan mencari pelawak berkenaan dan sama sekali tidak mahu mengaibkannya dengan mengungkit hal-hal lepas.

Difahamkan, rakan pelawak itu juga kini lebih memilih untuk berjauhan serta melarikan diri daripada rakan-rakan selebriti kerana mahu mengikuti ‘suaminya’ itu.

Kredit : VKT/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

By admin

error: Content is protected !!