Kuala Lumpur – Pelakon Puteri Sarah Liyana menegaskan tindakannya menarik dan menyelesaikan saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar di luar mahkamah bukan bermaksud dirinya tewas dalam perjuangan.
Katanya, tindakan tersebut adalah bagi memastikan kesihatan mentalnya tidak terjejas selain ingin merasai kebebasan serta kebahagian bersama dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.
Mengalah tidak bererti kalah, saya lebih memilih kesihatan mental dan kebebasan sendiri.
“Selain itu, saya pilih kebahagiaan saya dan anak-anak kerana kebebasan amat berharga. Doakan saya ya,” katanya membalas komen seorang individu dalam Instagram.

Menjawab soalan peminat yang kecewa dengan tindakannya menggugurkan saman tersebut, pelakon drama Hijrah Jannah itu menjelaskan dia terbuka untuk membantu mana-mana wanita yang dianiaya atau mengalami masalah rumah tangga.
Ya, saya buka jalan untuk semua tetapi kebebasan itu bukan percuma.
“Namun, saya sentiasa bersedia sekiranya ada yang memerlukan bantuan,” ujarnya.
Netizen Tanya Tentang Edah
Dalam pada itu, keputusannya keluar bekerja dalam tempoh edah turut meraih pelbagai reaksi ramai.
Jelasnya, dia sudah memberitahu bekas suami untuk keluar bekerja dalam tempoh tersebut.
Boleh keluar rumah dengan memberitahu bekas suami dalam tempoh edah.
“Keluar rumah kalau terdesak itu apabila suamimati dan harus berkabung di rumah,” jawabnya.

Pada 5 Julai lalu, kes saman antara Puteri Sarah dengan Ira dan dua ahli keluarganya disahkan selesai di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur.
Saman tersebut difailkan pada Jun 2022 terhadap Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin atas dakwaan mengganggu rumah tangganya.
Terdahulu, Pada 14 Jun lalu, Syamsul dan Puteri Sarah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 6, serta Summayah kini berusia empat tahun.
Kredit : Kosmo/IG
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.