Kuala Lumpur – Mohd Taib atau Sabri Bin Fadzim atau lebih dikenali sebagai Sabree Fadzil. Beliau lahir pada 19 Mei 1961 dan merupakan seorang pengarah, penerbit, dan pelakon lelaki Malaysia.
Beliau mula dikenali sebagai model sekitar awal 1980an kemudian diperkenalkan ke layar perak menerusi filem pertama berjudul Sayang pada 1987.
Sejak itu kelibat pelakon kacak ini sering menjadi perhatian di layar perak menerusi filem-filem box office seperti Antara Dua Hati, Pelumba Malam, Bayangan Maut dan Sengketa Cinta.
Pada tahun 2008 Sabree muncul kembali dan telah mengarah sebuah filem berjudul Datin Ghairah. Filem ini ditayang pada tahun 2011. Sabree juga sempat muncul dalam filem arahan Hairie Othman berjudul 2 Alam memegang salah satu watak utama.

Sabree pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Aznah Hamid dari 1988 hingga 1991 namun kemudian jodohnya tidak kekal lama.
Beliau kemudian berkahwin kali kedua dengan Habibah Hassan pada 2015. Anak sulung beliau, Nadia Yasliza berkahwin dengan Mohd Hidayat Mohd Nasir, iaitu anak kepada penyanyi dan pelakon M. Nasir pada 25 Disember 2017.
Namun Sabree Fadzil mengaku tidak sunyi bersendirian selepas enam perkahwinannya berakhir dengan perpisahan, sebaliknya tetap ceria ditemani anaknya.
Sabree yang mengecapi populariti ketika era 1980an memberitahu, pada usia 55 tahun, tiada perkara lain yang lebih bermakna dalam hidupnya, selain melihat kebahagiaan anak kesayangan.
Mungkin saya kurang bernasib baik dalam perkahwinan, tetapi itu bukan bermakna saya tidak bahagia. Alhamdulillah, anak saya juga sudah besar, malah ada yang bertemu jodoh.
Tahun lalu, saya menerima menantu apabila anak ketiga, Nadia Yasliza mendirikan rumah tangga dengan anak Datuk M Nasir, Mohd Hidayat. Sebagai bapa, saya gembira melihat anak hidup bahagia.
Tidak pernah menutup pintu hati untuk kembali berumah tangga, Sabree akur, tidak semua wanita dapat menerima rutin kerjanya sebagai anak seni yang tidak menentu.
“Mungkin lebih mudah jika saya bekerja di pejabat kerana jadual kerja tetap. Kerja anak seni ini tidak menentu masa, tidak semua faham kerjaya kami,” katanya.

Sepanjang mencipta nama, Sabree pernah membintangi deretan filem pecah panggung antaranya Sayang, Antara Dua Hati, Operasi Cegah Jenayah, Balada, Sengketa Cinta, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.
Sabree juga pernah menghiasi filem usaha sama Malaysia Indonesia antaranya Pendekar Lembah Kuning, Pernikahan Berdarah dan Sumpahan Pocong.
Sabree yang turut menduduki kerusi sutradara pernah mengarahkan filem antaranya Sengketa Cinta, Datin Ghairah dan Tokak, selain lebih 50 drama.
Kredit : ROM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.