Kuala Lumpur – Pelakon Diana Danielle tidak meletakkan sebarang tekanan terhadap dirinya mengenai keputusan perceraian dengan suaminya, aktor Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini, hari ini.

Diana, 32, juga akan menerima sebarang keputusan mahkamah dan ketentuan Tuhan berkaitan rumah tangganya hari ini dengan hati terbuka.

Saya tidak stres dan menyanyi-nyanyi sebelum datang mahkamah.

Saya tidak mempunyai sebarang harapan dan enggan meletakkan jangkaan untuk prosiding perceraian hari ini.

“Dengan hati terbuka, saya akan terima dengan apa sahaja. Akan ikut sahaja aturan dan ini semua ketentuan dan enggan bercakap lebih-lebih,” katanya di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini, hari ini.

Baginya, pergolakan rumah tangganya juga sudah berlarutan dalam tempoh masa yang lama dan tiada keperluan untuknya berasa sedih dan menangisi perkara tersebut.

Sebab tiada alasan untuk berasa tertekan, perkara sudah berlarutan selama berbulan-bulan. Saya juga enggan paksa diri untuk sedih walaupun ada rasa tersebut.

Sah Bercerai

Selepas beberapa bulan turun naik mahkamah, pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya sah bercerai talak satu.

Farid atau Farid Kamil Zahri, 42, melafazkan talak tersebut menerusi panggilan video susulan tidak dapat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari kerana tidak sihat.

Peguam syarie mewakili Farid iaitu Fakhrol Azman Abu Hassan sebelum itu memberitahu pemberita anak guamnya sedia melafazkan talak dan pihaknya membuat permohonan kepada mahkamah untuk mengadakan prosiding secara dalam talian.

Kredit : Mstar/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

By admin

error: Content is protected !!